PAKATAN KEARAH TSUNAMI MELAYU: PAS SANGGAH UMNO YANG MAHU KEHADAPAN KEMUKA RUU 355

Nik abduh kena bancuh pengundi PAS. This is a good sign within PAS…the grassroots have started to voice their displeasure with golongan pemimpin PAS. Hopefully depa ada chance bancuh hadi nanti.
PAKATAN KEARAH TSUNAMI MELAYU

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr.Ahmad Zahid Hamidi berjaya menangkap imiginasi kearah perpaduan Melayu dan Islam bila beliau mengistiharkan Kerajaan BN akan mengambil tanggungjawab untuk bentang sendiri Rang Undang-Undang 355 dalam sidang Parlimen kali ini.

Kenyataan ini mempastikan pembentanganya tidak lagi akan ditangguhkan dan menampakan UMNO nikad untuk berkerjasama dengan Pas walaupun mahal harga yang terpaksa dibayar untuk membangunkan ombak Tsunami Melayu.

Kata Zahid bersadur emosi: ” Untuk kita menyatukan orang-orang Melayu ,biarlah kita kehilangan segelintir kawan kita ,tapi kita akan dapat kawan baharu yang kumpulannya lebih besar bersama-sama kita”

Sesiapapun akan memahami dengan mudah kenyataan itu sebagai Zahid bermaksud biarlah UMNO berpisah dengan MCA ,MIC atau lain-lain parti komponen yang menentang RUU 355 asalkan dapat bekerjasama dengan PAS.

Bayangkan sebelum ini dengan ketakutan Perdana Menteri Datuk Seri Najib untuk mengulangi ungkapan Tsunami China setelah dibantah oleh orang-orang China kerana menuduh mereka bertanggungjawab atas kekalahan besar BN dalam pilihanraya lalu.

Dan sekarang UMNO sanggup korbankan kawan lamanya sejak sebelum merdeka demi kerjasama dengan Pas yang menjadi pencabar utama UMNO sejak sebelum merdeka dan pernah meanggap UMNO sebagai kafir.

Bagaimanapun penerimaan Pas tidak seperti yang diimiginasi oleh Najib atau Zahid. Presiden Pas Seri Abdul Hadi Awang serta merta membuat kenyataan yang menampakan ketidakselesaan Pas untuk UMNO kehadapan yang memperkecilkan peranan utama Pas dalam menuntut hukuman lebih berat keatas orang Islam dibawah kuasa jenayah Mahkamah Syariah.

Haji Hadi tidak mengalungalukan kesediaan kerajaan untuk kehadapan sebaliknya mengatakan bahawa Pas akan mengkaji lebih dahulu draf pindaan itu sebelum di bawa ke Dewan Rakyat dan menegaskan sekali lagi Pas mahu menjamin hak orang bukan Islam dalam pindaan itu.

Konklusinya ialah UMNO bagitu ghairah untuk mendapat kerjasama politik dari Pas sekalipun terpaksa mengorbankan kawan lamanya tetapi Pas lebih waspada dan masih sensitif terhadap perasaan bukan Melayu dan mahu menjaga maruah di kalangan ahlinya.

Pas masih berada dalam keadaan tidak pasti saamada kerjasama dengan kerajaan akan menguntungkannya atau dengan pihak lain akan lebih mempastikan kedudukan pentingnya dalam kerajaan baru selepas pilihanraya ke 14 kelak.

– http://zamkata.blogspot.my/

.