PAKATAN HARAPAN JANJI KEMBALIKAN KECEMERLANGAN NEGARA

KUALA LUMPUR – Malaysia hari ini dilihat terlalu perlahan dalam menyuarakan pendirian tegas dalam sesuatu isu antarabangsa yang terjadi kini.

Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad berjanji akan mengangkat dasar luar negeri sekiranya Harapan memenangi PRU14.

“Satu ketika dulu nama Malaysia begitu gah hingga dilihat sebagai suara dunia ketiga, namun hari ini negara seolah-olah terperangkap di tengah-tengah percaturan geopolitik Amerika dan China.

“Oleh itu, Harapan berjanji akan mengembalikan kecemerlangan Malaysia di pentas antarabangsa¬† terutama sebagai pemimpin yang mampu mewakili Asean,” katanya ketika sidang media Majlis Presiden Pakatan Harapan.

Tambahnya lagi, beliau turut berkongsi idea-idea yang bakal dibuat oleh Harapan jika memenangi PRU14 kelak.

“Ini termasuklah mengkaji semula kontrak-kontrak yang ditandatangani kerajaan dengan syarikat negara asing khususnya aset-aset strategik negara.

“Mengkaji cara memastikan kedaulatan negara di Laut China Selatan terjamin, serta mengkaji kaedah untuk mendapatkan semula hak negara di Pulau Batu Putih,” katanya lagi.

– Sinar Harian

.