PAKATAN HARAPAN AKAN AMBIL CALON SEMUA PARTI

SHAH ALAM – Amanah Perak yakin semua parti di dalam Pakatan Harapan akan menyediakan calon-calon yang berwibawa menjelang PRU nanti.

Pihak Amanah menerusi kenyataan hari ini berkata, persediaan menyiapkan calon-calon yang mampu berkhidmat untuk rakyat dan beramanah adalah aset penting semua parti di dalam Pakatan Harapan bagi berdepan dengan calon BN.

“Undi rakyat pada PRU14 nanti adalah ‘signal’ yang jelas apa yang dimahukan oleh rakyat dan pentadbiran kerajaan yang bakal dibentuk terutamanya di peringkat negeri adalah kerajaan negeri yang membela dan cakna kepada bebanan yang telah rakyat tanggung selama ini.

“Kami akan memastikan calon-calon daripada Amanah terdiri daripada kalangan ulama, wanita, profesional dan orang bukan Islam yang akan menyiapkan calon-calon tersebut sesuai dengan kehendak rakyat dan penuh amanah,” kata pihak Amanah dalam kenyataan, hari ini.
Pihaknya dalam masa sama memasang tekad untuk meletakkan ‘agenda’ rakyat sebagai perkara utama bagi melaksanakan tanggungjawab sebagai pemimpin rakyat.

“Harapan rakyat kali ini jangan dipersia-siakan dan kami mahu memastikan rakan-rakan di dalam Pakatan terutamanya dan bukannya meletakkan cita-cita peribadi sebagai menggalas kepercayaan rakyat nanti,” katanya lagi.

– SH

.