PAKATAN BAKAL UMUM SECARA RASMI PENYANDANG JAWATAN PM, TPM

PAKATAN Harapan (PH) bakal membuat pengumuman rasmi mengenai individu yang akan dilantik jawatan sebagai perdana menteri dan timbalan perdana menteri sekiranya ia berjaya menawan Putrajaya, lapor akhbar Sinar Harian.

Menurut Naib Presiden PKR, Shamsul Iskandar Mat Akin, berita yang dilaporkanThe Malaysian Insight pada Ahad lalu, yang parti dalam PH bersetuju untuk menamakan Dr Mahathir Mohamad dan Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai perdana menteri interim dan timbalan perdana menteri sekiranya pembangkang menang pilihan raya akan datang adalah mengejutkan.

“Sebenarnya saya agak terkejut dengan berita dan dakwaan yang keluar semalam kerana tidak dinyatakan dari manakah sumbernya.

“Bagaimanapun, sudah pasti rakyat berhak membuat tafsiran tentang berita tersebut. Situasi berkenaan positif dalam amalan demokrasi.

“Sudah pasti akan ada satu pengumuman rasmi daripada PH,” katanya.

Menurut sumber dalam laporan itu, cadangan itu dikemukakan semasa retreat PH pada 1 dan 2 Disember yang diadakan di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya.

Sumber berkata, ia turut memutuskan semua parti akan membincangkan perkara ini secara dalaman terlebih dahulu selepas tamat program berkenaan.

Satu lagi sumber daripada Amanah berkata, partinya sudah membuat keputusan mengenai perkara itu sebulan lalu.

– https://www.themalaysianinsight.com

.