Pairin: Dana Didakwa Diseleweng Diperuntuk Kementerian Peringkat Persekutuan

KOTA KINABALU – Kerajaan negeri tiada kena-mengena dengan peruntukan kerajaan RM3.3 bilion kerana ia disalurkan secara terus kepada Jabatan Air Sabah menerusi Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

“Saya faham bahawa projek-projek yang diperuntukkan persekutuan bernilai RM3.3 bilion sejak 2010 di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, yang mana kementerian saya tidak mengendalikannya,” kata Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah,┬áTan Sri Joseph Pairin Kitingan dalam kenyataan kedua yang dikeluarkan pada Jumaat.

Pairin, yang mana kementeriannya menyelia Jabatan Air Sabah berkata, peruntukan itu disalurkan secara terus kepada jabatan berkenaan sebagai agensi pelaksana tanpa pengetahuan kementeriannya.

Menurut Pairin, pemerolehan projek-projek dan bayaran-bayaran dikendalikan oleh kementerian peringkat persekutuan dan jabatan air negeri.
“Berdasarkan perkembangan ini, kementerian saya akan mengkaji dan mencadangkan sistem laporan yang sesuai untuk diteliti kementerian,” katanya.

Beliau berkata, kementeriannya akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), dalam siasatan terhadap pengarah dan timbalan pengarah agensi berkenaan di atas dakwaan mengumpul kekayaan bernilai lebih RM115 juta akibat salah guna kuasa menerusi kontrak.

– Mstar

.