ORANG MELAYU MASIH DIBAYANGI KETAKUTAN: TUN M

SHAH ALAM – Orang Melayu masih dibayangi dengan ketakutan yang bangsa lain akan mengatasi mereka.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, masyarakat Melayu mudah berasa terancam dan takut yang pihak lain mungkin akan mendominasi mereka.

“Mereka bimbang yang mereka akan ‘kalah’ di negara sendiri.

“Disebabkan kerisauan yang ada, mereka fikir bangsa mereka lebih istimewa, secara tidak langsung mewujudkan sikap rasis dalam kalangan masyarakat Melayu.,” katanya menerusi program anjuran sebuah portal berita bertajuk ‘Insight Talk Saving Malaysia: Friends and Foes’, hari ini.

Mahathir berkata, kebanyakan individu pada masa sekarang sudah mempunyai kesedaran untuk menolak sikap sedemikian dalam komuniti.

Bagaimanapun, menurut Mahathir lagi, masyarakat yang tinggal di luar bandar masih selesa dengan sikap sedemikian.

“Mereka perlukan kekuatan dan sokongan daripada parti politik untuk melindungi diri mereka, jadi mereka pun sokonglah parti politik yang menekankan perkauman,” katanya.

– M’kini

.