ORANG MELAYU DALAM BAHAYA KALAU MEMILIH NAJIB DAN UMNO

Sebelum saya meneruskan tulisan, saya ingin menyertai jutaan rakyat Malaysia mengucapkan takziah kepada keluarga Mohd Thaqif Amin.

Kanak2 ini meninggal dunia setelah menjalani pembedahan keatas kedua kaki nya. Saya harap kita jangan mempolitikkan perkara ini. Ini kes pembunuhan atau mencedera menyampai kepada kematian. Pihak polis mesti dibenarkan menyiasat sepenuh nya.

Dalam pada itu sekolah itu sendiri patut ditutup sementara. Ikutlah undang2 dan tuntutan kepatutan. Kalau dinegara barat, sekolah ini akan ditutup untuk jangka waktu yang tidak ditetapkan. Ibu bapa yang lain berhak bertanyakan kebajikan anak2 mereka. Ada sebab untuk risau dan runsing.

Kepada kita, amat menyedihkan jika yang muda daripada kita, kerana sakit atau dalam kes seperti ini pergi dahulu dari kita yang tua. Saya amat faham perasaan yang dilalui oleh keluarga arwah Mohd Thaqif Amin. Tidak ada yang meyedihkan seorang bapa atau ibu daripada melihat anaknya pergi dahulu. Semoga Allah mencucuri rahmatNya kepada roh Mohd Thaqif.

Sepatutnya sekarang kita baca talqin keatas kerajaan Najib, bukan Mohd Thaqif. Bagaimana dia boleh bertahan lagi? Kerajaan nya penuh dengan gangrene rasuah. Rasuah menular kesegala genap lapisan pembuat keputusan.

Habis segala wang dan asset negara dicuri. Segala pelabuhan, jalan keretapi – yakni asset2 stratejik akan dikontrol oleh China. Asset2 yang stratejik ialah segala yang memberi kelebihan kepada kita. Apabila asset2 ini dikuasai oleh orang lain, maka kelebihan kepada kita akan hilang. Hilang kelebihan, kita tinggal dengan kelemahan.

Teluk Sepanggar di Sabah misalnya akan dikuasai oleh China. 2 kapal selam kita yang entah bagaimana tahap kesiapsiagaan nya tidak boleh beroperasi bebas jika teluk itu dan perairan sekitarnya, dikuasai oleh China.

Dengan banyak nya pelabuhan yang dibina oleh China, tentulah mereka nanti mahu melindungi harta2 ini. Mereka tidak akan percaya kepada kapasiti perlindungan Malaysia akan membawa ejensi perlindungan mereka sendiri. Mungkin bawa tentera atau menggunakan ejensi sekuriti sendiri. Najib yang termakan budi akan menggadai body.

Jangan kita hairan China akan meminta Malaysia kebenaran menjaga dan melindungi pelaburan mereka yang berbilion Ringgit itu. China tahu bahawa segala institusi di Malaysia sudah dimusnahkan oleh rasuah dan sudah di compromised.

Tapi hanya beberapa minggu lalu, saya macam para pembaca juga. Dengar cakap besar presiden UMNO didepan cybertrooper. Dia kata dia tidak takut dengan Mahathir, Kit Siang dan Rafizi. Tapi seperti yang saya kata, ini lah dia orang yang menciput lari bila mahu berdebat dengan Mahathir. Mahathir 92 tahun lawan Najib 65 tahun.

Tapi dibelakang Mahathir bukan main hentam lagi orang tua. Ini bukan budaya Melayu. Tidak hormat dan muliakan orang tua. Jka kita membuang Najib, kita tidak akan kerugian apa2 sebab dia kurang keMelayuan nya.

Saya sudah beritahu, hari ini kita berdepan dengan dua ideologi fascism. Fascism yang dimulakan di Itali oleh Mussolini ialah suatu system pemerintahan dimana kuasa terhimpun kepada seorang dictator. Atau suatu ekonomi yang tertakluk kepada kawalan2 kerajaan, penindasan keatas pembangkang. Dan biasanya ia suatu system pemerintahan yang bersandarkan ketuanan bangsa dan ketuanan agama.

Inilah apa yang terjadi kepada Malaysia dengan berPMkan Najib. Kita menuju kepada negara fascist.

Pertama ialah ketuanan Melayu. Kedua ialah ketuanan Islam. Melayu tidak ada masaalah. Yang bermasaalah ialah ketuanan. Islam pun tidak ada masaalah. Yang masaalah ialah ketuanan itu.

Kedua dua nya, berasaskan kepercayaan yang tidak rasional. Ketulenan Melayu hanya boleh dijamin dengan bermusuhan dengan segala bangsa lain yang dirasa sebagai ancaman kepada ketulenan tersebut. Melayu itu dikatakan diancam oleh peningkatan kuasa politik orang Cina. Orang Cina ancam kedudukan orang Melayu, agama orang Melayu dan institusi raja Melayu.

Demikian juga, Islam dikatakan terancam dengan orang bukan Islam  terutama bangsa cina di Malaysia.

Orang yang berfikiran rasional, terdiri dalam majority orang Melayu juga, menolak penceritaan UMNO. Sebab ianya bercanggah dengan reality politik Negara ini.

Pertama demografi orang Melayu. Mereka merupakan bangsa majority dan mana2 kerajaan yang anti orang Melayu akan ditumpaskan. Mustahil parti2 yang mewakili bangsa Cina dapat mengatasi demografi orang Melayu. Lama kelamaan demografi orang Melayu semakin kukuh. Pada tahun 2035, jumlah orang Melayu ketika itu mencecah 85%.

Jadi bagaimana kuasa politik orang Melayu digugat?

Yang bertanggung jawab keatas keadaan ekonomi orang Melayu misalnya ialah kerajaan. Mereka ada kuasa dan menguasai perbendaharaan. Segala kemajuan dan pemajuan, kerajaan lah yang menjalankan nya. Jika perjalanan nya pincang, yang menyebabkan kepincangan itu ialah kerajaan yang dikuasai oleh orang Melayu. Pemerintah yang tidak amanah, berketuakan pencuri, tidak jujur, lembab dan rasuah.

Cuba kita bandingkan kualiti kerajaan yang ada di Selangor dan Pulau Pinang. Negeri ini tidak berkerajaankan UMNO, tapi ekonomi mereka yang terbaik di Malaysia. Orang Melayu yang tinggal dalam dua negeri tersebut menikmati kebajikan ekonomi yang lebih baik berbanding dengan negeri2 yang ditadbir oleh UMNO.

Apa ertinya ini? Ertnya, kualiti kerajaan UMNO lebih rendah dari kualiti kerajaan di Pulau Pinang dan Selangor. Tahap kepedulian kerajaan terhadap kebajikan orang Melayu dalam dua negeri tersebut lebih tinggi dari yang ada dalam negeri2 yang dikuasai oleh kerajaan UNMNO.

kalau kita tengok yang berlaku sekarang ialah pemerintah Melayu lah yang menekan dan mengganasi orang Melayu sendiri. Tambah lagi, kerajaan Melayu itu kerajaan yang dipimpin oleh UMNO.

Maka jika kita memilih Najib dan UMNO, keadaan sebegini akan diteruskan. Ekonomi dan kekayaan negara akan dikuasai oleh golongan elit. Kuasa akan terhimpun dalam tangan suatu kumpulan yang berpengaruh dan kaya. Nyawa bangsa Melayu dalam bahaya jika dipertaruhkan dalam tangan UMNO.

Lihatlah fakta sekeliling kita. Orang Melayu memerintah sejak selepas merdeka. Namun kedudukan orang Melayu yang betambah baik ialah golongan terplih dan golongan atasan.

Kekayaan dikuasai oleh golongan atasan. Ini bukan rencana semulajadi atau yang ditentukan oleh Tuhan. Ianya terjadi akibat dasar2 yang menguntungkan golongan atasan dan elit yang sekarang ini diwakili oleh orang macam Najib.

Nampaknya kekayaan dan kemajuan negara ini baik untuk golongan atasan dan terpilih.

Orang Melayu khususnya, lebih saksama dalam kemiskinan mereka. Ramai yang sama miskin rupanya.

Pada tahun 2014, pendapatan golongan 20% teratas ialah RM12600 manakala pendapatan yang 40% terbawah ialah RM2300. Ertinya, oorang kaya mempunyai pendapatan 6 kali ganda.

Dan ini bukan kejadian semula jadi atau ketentuan azali. Ia terjadi kerana dasar yang dibuat memang menguntungkan golongan yang kaya.

– http://sakmongkol.blogspot.my

.