OPERASI “ANJING” DI KELANTAN BAKAL MAKAN DIRI

Semalam Pengerusi Amanah Kelantan, Wan Abdul Rahim Wan Abdullah (foto) mendedahkan apa dinamakan Operasi Gonggong berlaku di Kelantan. Menerusi operasi ini jelasnya, ada orang Umno meminda pengundi dari satu kawasan ke kawasan lain untuk memastikan kemenangan.

Kawasan yang terlibat atau akses dengan operasi ini ialah kawasan yang berkedudukan 50 : 50 bagi Umno menenangi kerusi-kerusi parlimen berkenaan.

Menurut Wan Rahim terdapat sekurang-kurang enam kawasan terlibat dengan operasi “anjing” ini. Kenapa saya kata Operasi Gonggong ini operasi “anjing” ialah kerana yang suka menggongong ialah anjing, dan anjing sejenis binatang yang dikenal sebagai tamak haloba.
Kawasan-kawasan yang sebut secara terang oleh Wan Rahim yang terlibat dengan operasi “anjing” itu ialah, Pasir Puteh, Machang, Tanah Merah, Pengkalan Chepa, Rantau Panjang dan Bachok.

Dari siasatannya, ramai pengundi dalam kawasan ini melakukan perpindahan alamat atau tempat mengundi.

Misalnya di kawasan Tumpat sahaja seramai 545 telah berpindah alamat atau kawasan mengundi. Sebahagiannya di kenal pasti mereka dipindah ke kawasan Gaal dan Semerak dalam Parlimen Pasir Puteh. Perpindahan dari Tumpat ini seperti mana disebut Wan Rahim apakah kerana ada orang berasal dari Tumpat hendak bertanding di Pasir Puteh?

Ini menunjukkan operasi “anjing” itu untuk memastikan orang Tumpat itu menang di luar kawasannya. Jika beliau menang di Pasir Puteh nanti tentulah orang itu menang kerana “anjing”.

Jumlah perpindahan di kawasan lain pula, di Pengkalan Chepa 859 merupakan kawasan teramai dan ianya dikenal pasti dipindah ke Machang. Kenapa pengundi Umno di Pengkalan Chepa digonggong keluar ialah kerana Pengkalan Chepa dianggap kawasan “api” bagi Umno yang sukar untuk melawan arus “hijau” — Pas di situ.

Dalam pada itu di Rantau Panjang terdapat seramai 927 telah dikenal pasti nama mereka berubah atau tiada dalam senarai pemilih dipercayai digonggong keluar. Bagaimana menurut Wan Rahim beliau tidak dapat pastikan ke manakah pengundi di situ digonggong keluar.

Perpindahan pengundi ini jelas Wan Abdul Rahim lagi ia dilakukan di luar pengetahuan Ketua-ketua Umno bahagian berkenaan. Ini menjelaskan bahawa operasi berkenaan adalah operasi haram dan bukan atas arahan Umno negeri Kelantan.

Sekiranya operasi “anjing” ini tidak dalam pengetahuan Umno Kelantan dan modus operandinya, maka ia dibuat secara pandai-pandai pihak tertentu sahaja yang terjempit sudah tentu ia menjejaskan kedudukan Umno di kawasan-kawasan yang sebelum ini dianggap selesa. Ertinya operasi ini akan jadi seperti menanam angin akan menunai ribut. Tiada gundi operasi berkenaan kerana ia bersifat jongkang jongkit, Umno boleh tambah undi di sesuatu kawasan tetapi dalam masa sama boleh kekurangan undi di kawasan lain.

Atau operasi ini juga boleh sifatkan sebaotaj sesama sendiri dalam Umno.

Operasi ini juga sudah menampakkan akan keterdesakan (desperate) Umno sekaligus memberi gambaran Umno telah mengotorkan politik demokrasi.

Sehubungan itu Wan Abdul Rahim menggesa SPR supaya menyiasat serta mengambil tindakan terhadap operasi ini kerana ia boleh menjejaskan kestabilan politik setempat serta boleh menporak peranda kestabilan dan integriti politik negara.

Operasi ini boleh dicegah dan tidak akan terlaksana sekiranya SPR sendiri tidak terlibat. Perpindahan atau pertukaran kawasan mengundi itu adalah atas endorse SPR. Dan sekiranya SPR benar-benar bermoral elok perpindahan yang dibuat secara haram menerusi operasi anjing it dibatalkan.

Pengerusi SPR Hashim Abdullah seharusnya tidak ikut sama merestui perbuatan si penggongong tulang itu. Beliau boleh meminta senarai pengundi yang menjadi mangsa operasi berkenaan daripada Wan Rahim dan batalkan atau perbetulkan semula kedudukan pengundi itu menuruti lokaliti asalnya.

Janganlah pula nanti Pengerusi SPR juga nanti akan dianggap anjing.

– http://msomelayu.blogspot.my

.