OOPS! USTAZ KATA HUKUM HUDUD ITU DALAM BIBLE

Yang berikut ini bukan saya cakap ok.
Ustaz yang cakap.
Jangan marah saya.

If the video does not pop up, this is the link : https://youtu.be/hKyVbOXWEKQ

Err.. . . . dalam Al Quran TIDAK SEBUT PUN :

1. rejam penzina dengan batu
2. empat saksi KHUSUS untuk kesalahan zina
3. rambut di kepala wanita itu adalah aurat
4. wanita kena tudung kepala atau tutup muka
5. murtad dikenakan apa jenis hukuman pun oleh manusia

SEMUA INI TIDAK TERSEBUT DALAM AL QURAN.

Yang berikut ini pun bukan saya cakap.
Ayat Quran yang cakap.
Jangan marah saya ok.

Terjemahan oleh Universiti Islam Antarabangsa di:

http://www.iium.edu.my/deed/quran/malay/

[Surah 3:98] Katakanlah : “Wahai Ahli Kitab! Mengapa kamu ingkarkan keterangan-keterangan Allah, padahal Allah sentiasa menyaksikan apa yang kamu lakukan?”

[3: 99] Katakanlah: “Wahai Ahli Kitab! Mengapa kamu menghalangi orang-orang yang beriman daripada menurut jalan jalan, kamu hendak menjadikan jalan Allah itu bengkok terpesong, padahal kamu menyaksikan? “Dan Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan.
[3: 100] Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu taat akan sesuatu puak dari orang-orang yang diberikan Kitab itu, nescaya mereka akan mengembalikan kamu menjadi orang-orang kafir sesudah kamu beriman.

My comments : Jadi jika kita taati sebahagian daripada Ahli Kitab, kita akan kembali menjadi kafir. So better watch out.

[3: 101] Dan bagaimana kamu akan menjadi kafir padahal kepada kamu dibacakan ayat-ayat Allah, dan dalam kalangan kamu ada RasulNya ? Dan sesiapa berpegang teguh kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah beroleh petunjuk hidayah ke jalan yang betul.

My comments : Sudah tentu jika kita mentaati ayat-ayat Allah kita tidak akan menjadi kafir.

Surah 3:100 bermaksud jika kita ikut perkara yang lain daripada ayat Allah, maka kita akan kafir.
Sila juga lihat ayat-ayat berikut :
http://www.iium.edu.my/deed/quran/malay/

[Surah 68 : 36] Apa sudah jadi kepada akal kamu? Bagaimana kamu menetapkan hukum ?

[68:37] Adakah kamu mempunyai sesebuah Kitab yang kamu baca dan pelajari?

My comments : Apa sudah jadi dengan akal kamu? Apakah kamu mempunyai sebuah kitab lagi yang kamu rujuk untuk tetapkan hukum?

[68:38] Bahawa di dalam Kitab itu membolehkan kamu mendapat apa sahaja yang kamu pilih?

[68: 39] Atau adakah kamu mendapat akuan-akuan yang ditegaskan dengan sumpah dari Kami, yang tetap hingga hari kiamat, menentukan bahawa kamu dapat mencapai apa yang kamu putuskan?

My comments : Siapa yang memberi sumpah jaminan atas kitab-kitab yang lain itu? Siapa yang garenti?

[68: 40] Bertanyalah kepada mereka: “Siapakah orangnya di antara mereka yang menjamin benarnya hukum: bahawa mereka akan mendapat di akhirat apa yang didapati oleh orang Islam?”

My comments : Contohnya, siapa yang akan jaminkan hukum-hukum Ahli Kitab ?
[68: 41] Atau adakah mereka mempunyai sekutu-sekutu maka hendaklah mereka membawanya, jika betul mereka orang-orang yang benar.

– http://syedsoutsidethebox.blogspot.my/

.