Obama dakwa Trump tidak layak gantikannya sebagai Presiden

VIENTIANE  – Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama mendakwa Donald Trump tidak layak menggantikannya selepas calon Presiden daripada Parti Republikan itu mengutuk seorang pegawai tinggi tentera negara itu sebelum ini.
Obama sebaliknya menghamburkan pujian terhadap Presiden Rusia, Vladimir Putin yang disifatkannya lebih baik.

“Saya tidak fikir lelaki itu (Trump) layak menjadi Presiden kerana setiap kali dia berucap, pendapat ini seperti telah disahkan,” kata Obama dalam nada agak keras yang jarang digunakan ketika berucap di luar negara.

Presiden AS itu kini berada di Laos bagi menghadiri sidang kemuncak negara-negara ASEAN yang juga kunjungan terakhirnya ke Asia Tenggara sebagai seorang Presiden.

Kelmarin, Trump menimbulkan kekecohan apabila mendakwa Putin ‘jauh lebih baik’ sebagai seorang pemimpin berbanding Obama. – AFP
.