Norashikin Abd Rahman,Tengku Permaisuri Selangor

SHAH ALAM – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan melantik isteri baginda, Norashikin Abd Rahman sebagai Tengku Permaisuri Selangor berkuatkuasa semalam.

Setiausaha Sulit Sultan Selangor,Datuk Mohamad Munir Bani dalam satu kenyataan hari ini mengesahkan perkara tersebut.

“Dengan itu Tengku Permaisuri Selangor akan digelar Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Norashikin.

” Selain itu, Sultan Selangor turut berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor yang membawa gelaran ‘Datin Paduka Seri’ kepada isteri baginda,”katanya. – Sinar Harian