NONG CHIK: NURUL YANG PAKAR ‘TANGGAPAN SALAH’

Kritikan anggota parlimen Pantai Nurul Izzah Anwar terhadap timbalan perdana menteri mendapat reaksi balas penentangnya dalam pilihan raya umum lalu Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.

Raja Nong Chik tidak dapat menerima kenyataan Nurul bahawa gesaan supaya Umno belajar daripada kejayaan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump hanya akan merelakan kemenangan pilihan raya melalui cara tidak wajar.

“Nurul Izzah pada saya ialah pakar tanggapan salah,” katanya kepada Malaysiakini.

Zahid Ahad lalu berkata, Umno perlu belajar daripada kejayaan Trump dan Perdana Menteri India Narendra Modi dalam mempengaruhi tanggapan umum melalui media sosial.
Naib presiden Umno itu berkata, kedua-dua tokoh terbabit pada awalnya tidak popular tetapi akhirnya berjaya membawa parti mereka memenangi pilihan raya.

Beliau membangkitkan tuduhan terhadapnya ketika berdepan Nurul pada pilihan raya umum lalu apabila pemimpin Umno itu dituduh membawa 5,000 pengundi hantu.

“Padahal 5,000 itu mereka yang duduk setinggan dah pindah ke flat dan kampung lama mereka dah tidak lagi,” katanya.

Raja Nong Chik jgua mengingatkan bagaimana beliau berdepan tuduhan membeli tanah di Bukit Kiara sehari sebelum hari pengundian.

“Dia bagi kenyataan salah. Dan akhirnya dia minta maaf,” katanya, merujuk kes kemudian berakhir di mahkamah itu.

Pada PRU13, Nurul menewaskan Raja Nong Chik dengan majoriti 1,847 undi.

– M’kini

.