Noh Perlu Perjelas Mengenai Pemaju Beri Pinjaman – Zahid

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mahu Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar memberi penjelasan kepada Kabinet mengenai langkah kementerian itu membenarkan pemaju perumahan memberi pinjaman kepada pembeli rumah.

“Ia tidak dibincangkan dalam Kabinet, dan kita minta beliau memberi penjelasan mengenai perkara itu dalam mesyuarat Kabinet,” kata Ahmad Zahid yang merupakan Timbalan Perdana Menteri pada sidang media selepas merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan Kelapan Parti Makkal Sakti Malaysia, di sini Ahad.

Pada Khamis lalu, Noh berkata, pemaju perumahan yang berkelayakan boleh memohon lesen peminjam wang bagi memberikan pinjaman sehingga 100 peratus kepada pembeli hartanah.

Lesen itu dikeluarkan kementeriannya di bawah Akta Pemberi Pinjam Wang (Pindaan 2011). – ANN

.