“Usaha meminda Akta 355 melalui Rang Undang-Undang Persendirian Ahli Parlimen Pas yang bertujuan memperkasakan Mahkamah Syariah dilihat menjadi faktor terbaik yang sedang menyatukan umat Islam di atas jalan agama.

“UMNO dan Pas sa­ling menunjukkan ke­­sung­guhan untuk men­­jadikannya satu ke­nyataan dan mengang­gapnya sebagai satu langkah ke depan ke arah mengukuhkan Islam di dalam negara. Pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan(NGO) Islam juga menyatakan sokongan yang besar,” katanya dalam kenyataan menerusi harakahdaily.net, hari ini.

Nik Mohamad Abduh berkata, usaha penyatuan menerusi pindaan akta itu bukan mudah kerana wujud kumpulan yang terlalu mahu menjaga kepentingan mereka sekali gus enggan menerima kelebihan kumpulan lain yang bertentangan dengan mereka.

Katanya, ini mendorong sebahagiannya pula menentang secara keras manakala sebahagian lagi cuba mencipta halangan dengan perbahasan-perbahasan teknikal yang boleh sahaja dibaiki pada masa akan datang.

“(Ini bertepatan dengan sifat) sebuah undang-undang yang se­ring ditambah baik dari semasa ke semasa,” katanya.

UTUSAN

.