NIK ABDUH BIDAS AMANAH CUBA HANCURKAN PAS

SHAH ALAM – Parti Amanah didakwa mahu menghancurkan Pas sebelum melangkah ke Putrajaya.

Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Abduh Nik Abdul Aziz, berkata Amanah telah menyambung cita-cita Umno yang telah pun lama berkubur sejak zaman Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Mereka menunggu dan terus menunggu. Itu pungguk merindukan bulan namanya.. ‘Last-last’, bulan pun serabut tengok muka mereka. Pergi meninggallah…,” kongsinya di Facebooknya.

Katanya lagi, ‘ajaran’ DAP telah menyebabkan Amanah menjadi ‘ketidaktahuan’.

“Ajaran mabuk DAP itu telah menikam-nikam saraf, otot dan urat-urat halus otak mereka.

“Mereka kekejangan melihat Pas yang ‘cool’ berhadapan ‘The Apocalypse’ ciptaan DAP itu. Mereka memberontak terhadap Pas  dan seni dakwahnya,” katanya.

– Sinar Harian

.