NAZRI LANGGAR DISPLIN PARTI DEBAT MUNGKIN TAK JADI

Saya percaya Menteri Pelancongan dan Kebudayaan ,Datuk Nazri Aziz tidak akan mengecewakan parti dan kerajaan dalam perdebatan dengan bekas Perdana Menteri Tun Dr.Mahathir pada 25 Mac ini berasaskan kepada keupayaannya menghadapi pembangkang di Parlimen.

Bagaimanapun besar kemungkinan debat ini tidak akan berlangsung kerana Nazri tidak menghormati tatatertib parti.

Tidak mengejutkan bila Annuar Musa tidak merastukan Nazri sebagai mewakili parti kerana Nazri telah mengambil tanggungjawab yang sepatut dilakukannya sebagai Ketua Penerangan UMNO dan Menteri Kewangan Kedua Datuk Johari Abdul Ghani pula tidak meanggap Nazri mewakili kerajaan kerana beliau mungkin bimbang Nazri tidak dapat memberikan jawapan yang dapat melindungi kerajaan dalam isu IMDB.

Mungkin kesilapan Nazri adalah tidak meminta keizinan dari parti lebih dahulu khususnya dari Perdana Menteri Datuk Seri Najib.

Saya sendiri mempunyai pengalaman panas dalam pekara yang hampir sama apabila” memandai-mandai” menjadi orang tengah ketika menjadi Menteri Penerangan untuk mendamaikan Perdana Menteri Abdullah Badawi dengan Tun Dr.Mahathir.

Saya telah ditegur oleh Datuk Abdullah Badawi kerana didakwa saya tidak memaklumkan kepada parti untuk mengatur pertemuan damai beliau dengan Tun .

Oleh kerana tekanan dari budak budak berhingus tingkat empat dan seorang penghasut dari NST yang tidak mahu pertemuan ini terjadi, maka Abdullah telah lupa saya meminta izin lebih dahulu darinya untuk menguruskan pekara itu atas kapasiti peribadi sebelum beliau bercuti ke Perth.

Datuk Seri Najib telah memanggil saya kerumahnya untuk memberikan penjelasan menerusi talipon kepada Abdullah di Australia malah saya memberitahunya saya sanggup meletak jawatan jika saya melakukan kesilapan besar.Bagaimanapun akhirnya pertemuan itu tidak berlaku atas sabotaj dari orang sekeliling dan bukan dari parti.

Saya percaya Debat Besar yang ditunggu -tunggu ini tidak akan berlaku kerana tindakan sendirian Nazri itu telah memperkecilkan keupayaan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Salleh Said Keruak dan Ketua Penerangan UMNO Annuar Musa yang akan terlihat sebagai hanya berani menikam Mahathir dari belakang kerana menghormatinya atau kerana takut.

Nazri tetap akan terlihat sebagai mewakilI parti dan kerajaan, tidak sahaja oleh pembangkang tetapi juga rakyat pada keseluruhannya kerana beliau adalah anggota Majlis Kerja Tertinggi UMNO dan juga anggota kabinet.

Samaada debat ini akan berlaku atau tidak tetapi Nazri telah membuktikan kepada pengundi-pengundi di Padang Rengas yang telah memberikan kemenangan lima kali kepadanya dalam pilihanraya Parlimen bahawa beliau bukanlah Pondan Padang Rengas tetapi Wira Berani Padang Rengas.

Kepada parti terbukti Nazri adalah hamba sahaya dari Mahathir,Anwar,Abdullah Badawi hingga kepada Najib.

Kata Nazri jawatannya sekarang diperolehinya atas lantikan Perdana Menteri.

Adalah layak beliau dianggap sebagai “A Man Of All Seasons”

– http://zamkata.blogspot.my/2

.