NAZRI ADA MASA SAMPAI TENGAHARI ESOK – MAHATHIR

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Menteri Kebudayaan dan Pelancongan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz mempunyai masa sehingga tengah hari esok untuk mengatur debat bersama beliau.

Debat yang dinanti-nantikan banyak pihak itu dijadualkan berlangsung di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuala Kangsar, Sabtu ini.

Mahathir, dalam sidang akhbar hari ini berkata, beliau mencadangkan debat tersebut diadakan di Padang Rengas, tetapi bukan Nazri yang memilih MRSM yang dipersetujuinya.

“Saya mahu teruskan debat itu, tidak seperti forum ‘Nothing to Hide’ dan saya bersedia berdebat mengenai apa-apa isu-isu yang dibangkitkan oleh mereka, termasuk skandal BMF.
“Saya beri Nazri sehingga esok untuk menguruskannya kerana beliau telah aturkan. Saya tidak ke sana semata-mata berjumpa beliau tetapi untuk berdebat. Jika beliau mahu berjumpa dengan saya, beliau boleh membuat temu janji,” kata Mahathir.

Persoalan berlegar-legar mengenai nasib debat tersebut setelah polis negeri Perak menegaskan tidak akan membiarkan debat tersebut diteruskan, tetapi Nazri berkata, beliau akan hadir di tempat berkenaan pada hari Sabtu ini kerana Malaysia bukan ‘negara polis’.

– M’kini

.