NASRUDIN GESA KEBANGKITAN MUJAHID SIBER

SHAH ALAM – Serangan siber dilihat sebagai cabaran baru yang dihadapi umat Islam kerana serangan siber ini mampu untuk mensasarkan jutaan pengguna.

Ketua Penerangan Pas Pusat, Nasrudin Hassan berkata, serangan ini menjadi medium musuh Islam untuk cetuskan propaganda, provokasi serta fitnah terhadap Islam dan gerakannya.

“Malang sekali, serangan mereka ini mampu mensasarkan jutaan pengguna siber,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Justeru, beliau menggesa agar para mujahid bangkit untuk menangkis serangan ini.
“Mujahid siber perlu bangkit berani, bijak, pantas dan hikmah, berpaksikan budaya politik matang dan Sejahtera (BPMS) dalam usaha menangkis serangan siber.

“Serlahkan hujah yang bernas, pilih perkataan yang hikmah, guna ayat yang mudah namun tegas dan lebarkan jaringan maklumat,” katanya.

– SH

.