NASIHAT TUNKU AZIZ PADA PAS

KUALA LUMPUR – Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Ibrahim meminta agar Pas berhati-hati apabila berurusan dengan DAP.

Menurutnya, parti itu mempunyai agenda tersembunyi apabila ingin berurusan dengan mereka.

“Memandangkan Pas sudah berpengalaman dengan DAP, maka mesti mereka tau apa agenda tersembunyi parti itu.

“Nasihat saya, sentiasalah berhati-hati dengan DAP kerana tentu Pas tidak mahu pisang berbuah dua kali,”katanya dalam satu sidang media di Hotel Eastin Kuala Lumpur, hari ini.

Sebelum ini, Penasihat DAP, Lim Kit Siang menyatakan hasratnya untuk bekerjasama dengan Pas bagi menghadapi PRU14 serta menegaskan akan meneruskan hasrat itu walau ditentang Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Selain itu, beliau turut mendakwa DAP untuk bekerjasama dengan Pas adalah kerana ingin mendapatkan sokongan orang Melayu.

“Tujuan utama DAP inginkan Pas adalah untuk mendapatkan undi orang Melayu sahaja.

“Apabila mereka sudah dapat apa yang diingini, Pas akan ditolak tepi,” katanya lagi.

– Sinar Harian

.