NAMA TAK PENTING, YANG PENTING PPBM BAKAL JADI KERAJAAN BARU MENGGANTIKAN UMNO

Pertubuhan (ROS) telah meluluskan secara dasar penubuhan Parti Pribumi Bersatu Malaysia, kata Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Bernama memetik beliau sebagai berkata, singkatan parti itu pula ditetapkan sebagai PPBM dan bukan Bersatu seperti yang diminta oleh penaja.

Menurut Ahmad Zahid, kelulusan rasmi akan diberikan selepas parti berkenaan membuat penjelasan kepada ROS mengenai peranan dan fungsi Pengerusi dan Presidennya.

Dalam permohonannya, parti baru itu menyenaraikan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Pengerusi dan Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin sebagai Presiden penaja.

Permohonan pendaftaran diserahkan sendiri oleh Muhyiddin kepada ROS pada 9 Ogos lalu.

Kelulusan secara prinsip itu menepati ikrar Ahmad Zahid bahawa kerajaan tidak akan menyekat penubuhan parti itu dan mendaftarkannya secepat mungkin jika tidak ada sebarang kontroversi.

Parti baru itu telah pun mengumumkan yang ia akan menyertai parti-parti pembangkang, termasuk PAS, bagi menentang Barisan Nasional (BN) satu-lawan-satu dalam Pilihan Raya Umum akan datang. –¬†http://kadirjasin.blogspot.my/

.