NAK MAMPUS MAMPUSLAH UMNO

NEGARA SEDANG RUNTUH
Saya sering disapa oleh orang yang mengenali saya walaupun saya tidak mengenali saya.Saya dapat mengagak bahawa sapaan ini pasti akan disertai dengan pertanyaan yang sama.
Pertanyaan yang popular: Datuk apa akan jadi pada negara kita?
Tan Sri, Apa akan jadi pada cucu cicit kita akan datang?
Tan Sri, Kenaapa Najib tak mahu berhenti?
Tan Sri, Apa kita nak buat?
Tan Sri, Di mana boleh dapat borang Bersatu

Dan pagi ini salah seorang dari tiga orang yang sedang minum teh tarik di sebuah gerai telah datang kepada saya dan terus berkata” Tan Sri Negara kita sedang runtuh.”

Mungkin ini dianggap sebagai suatu maklum balas yang berat sebelah kerana banyak membuat persepsi saya adalah anti Najib tetapi dalam pada itu saya tetap mengharapkan semua jentera UMNO akan menerimanya dengan positif dan mengambil sesuatu langkah yang boleh menghilangkan kebimbangan rakyat.

Pengalaman saya memberitahu saya sekalipun kebangkitan antiMahathir bagitu hangat memuncak ketika rakyat menyokong reformasi Anwar Ibrahim tetapi orang ramai tidak bersuara secara terbuka seperti sekarang yang merangkumi semua peringkat rakyat.

Saya tidak perlu menambah cerita tentang sentimen anti Najib dan Rosmah yang panas memuncak di seluruh negara sekarang yang dapat kita ciumi,dengar dan lihat di mana juga kita pergi;dipejabat kerajaan , di surau atau masjid apatahlagi di kedai-kedai mamak.

Hanya satu permintaan saya kepada JASA,Polis Bahagian Khas( SB), Perisek Tentetra dan juga jentera-jentera UMNO berilah tahu secara jujur dan terus terang akan perasaan sebenar rakyat terhadap Najib demi keselamatan UMNO dan orang Melayu.

Semakin kuat kempen memburukan Mahathir di TV dan akhbar-akhbar UMNO semakin memuncak kebencian dan kemarahan pada Najib.Orang yang waras tidak melihat faedah kepada Najib atas beberapa isu yang cuba dipanaskan walaupun sebenarnya tidak lagi panas.

Umpamanya penduduk di kawasan Felda memberitahu saya” Kami tak tahu kisah BMF, itu kisah 30 tahun dahulu,mana kami nak ingat”

Orang di bandar-bandar lagi sinis. Mereka kata Najib dah habis modal. Nampak benar dia cemas dan panik.Macam macam ditimbulkan nak lupakan rakyat tentang harga barang mahal,harga minyak naik dan juga harta-harta negara dijual pada China.

Isu-isu yang digunakan untuk memburukan Mahathir dilihat sebagai suatu pengakuan Najib terhadap keburukannya dirinya sendiri” Apa salah kami membuat yang buruk kalau Mahathir membuat keburukan yang lebih besar.” tetapi cerita basi tidak digemari manusia
Kata mereka soal Batu Putih ditimbulkan untuk melupakan rakyat terhadap kenaikan harga barang,harga minyak dan sebagainya,tetapi rakyat lebih cepat percaya kepada sebaran kabar angin Azmin mengatakan seorang lagi akan berhenti kerana tak mahu bersubhat dengan 1MDB

Jika sekiranya maklum balas ini tidak mahu diterima oleh orang UMNO,BN dan juga pihak perisikan maka konklusi saya ialah” Nak mampus,mampuslah UMNO”. Apa nak buat lagi nasihat semua pihak yang ikhlas,yang sayangkan UMNO, tak dipedulikan.

– http://zamkata.blogspot.my

.