NAK LAWAN CARA MANA NI USTAZ, DUA PENJURU ATAU TIGA PENJURU?

Sabar dulu…jangan cepat gembira dengan kenyataan Ketua Penerangan Pas, Nasharuddin Tantawi ini.

Dalam kenyataannya, beliau yang juga Ahli Parlimen Temerloh menegaskan, Pas tidak sesekali akan bergabung dengan UMNO dalam pilihanraya umum akan datang, malah telah menetapkan pendirian akan bertanding di mana-mana kerusi yang ditandinginya.

Sekali baca memang nampak cantik kenyataan itu, tetapi apakah maksud sebenar kata-kata beliau itu?

Adakah ia bermaksud Pas sedia berunding dengan rakan-rakan pembangkang lain untuk merealisasikan pertandingan satu lawan satu atau tekad berlawan di semua kerusi UMNO itu bertujuan supaya berlakunya pertandingan tiga penjuru?

Kalau nak lawan UMNO tetapi dalam masa yang sama tidak mahu berpakat dan menjadikan satu lawan satu sebagai kenyataan, ia juga bermaksud mahu memberi kelebihan atau memenangkan pihak lawan.

Lawan memang banyak lawan, ada lawan betul-betul, ada lawan main-main dan ada juga lawan untuk sengaja bagi pihak lawan menang.

Lagi pun kata-katanya bahawa Pas akan bertanding di semua kerusi UMNO banyak maksud tersiratnya.

Buat apa Pas umum nak bertanding di semua kerusi UMNO? Bukankah Pakatan Harapan dan PPBM juga akan bertanding di kerusi UMNO sama?

Yang mana satu ni ustaz, nak lawan UMNO dua penjuru atau tiga penjuru?

–¬†http://shahbudindotcom.blogspot.my/

.