NAJIB’S LEGACY: IS MALAYSIA ALMOST BANKRUPT? ADAKAH MALAYSIA HAMPIR BANKRAP?

Selain cukai GST, satu lagi cara yang dilihat sangat agresif dilakukan oleh kerajaan pimpinan Najib Razak yang dikenali juga sebagai  “bapa segala skandal”  untuk mendapatkan wang kebelakangan ini ialah melalui Lembaga Hasil Dalam Negeri atau LHDN.

Perkara tersebut sudah banyak kali disentuh oleh Tun Mahathir Mohamad dalam beberapa ucapannya sebelum ini.

Menurut Tun Mahathir, LHDN digunakan untuk memburu ahli-ahli perniagaan yang condong kepada Pakatan Harapan, membekukan wang mereka dan supaya mereka tidak dapat menderma kepada Pakatan Harapan.

Bagi rakyat biasa pula, LHDN kini sangat aktif memburu mereka yang mempunyai hutang-hutang tertunggak dan difahamkan setiap pegawainya diberikan kouta sasaran tertentu yang perlu dicapai.

Mungkin boleh diterima jika pemburuan itu dilakukan kepada mereka yang degil tidak mahu menjelaskan tunggakan atau hutangnya dalam jumlah yang agak besar?

Tetapi wajarkah dengan hutang hanya sejumlah RM176.72, seseorang itu diugut dengan tindakan mahkamah dan sekatan perjalanan?

Diulang….jumlahnya hanya RM176.72 dan bukannya RM1176 atau RM11,760.

Lebih menyedihkan, barangkali mengalahkan Zimbabwe, surat pemberitahuan mahkamah itu diberikan tanpa sebarang surat tuntutan biasa atau surat amaran terlebih dahulu.

Apakah negara kita ini sudah begitu miskin dan kekeringan wang?

Atau sedang menuju bankrap  sehingga RM176.72 pun begitu dilahapkan untuk dikutip dan dimasukkan ke dalam tabung kerajaan?

Mana wang GST RM42 bilion setahun?

Mana kemakmuran hasil pertumbuhan ekonomi kononnya sebanyak 5.8 peratus?

Kenapa tindakan-tindakan tidak logik, tidak munasabah dan tidak guna akal LHDN ini tidak pernah berlaku dalam kepimpinan-kepimpinan terdahulu?

Mahu tidak mahu, hakikatnya ini merupakan satu lagi sebab mengapa rakyat Malaysia sebenarnya amat perlukan kerajaan baru dan Perdana Menteri baru selepas PRU 14 akan datang nanti.

– http://shahbudindotcom.blogspot.my

.