NAJIB, ZAHID KEKAL JAWATAN TERTINGGI UMNO

NAJIB Razak dan Ahmad Zahid Hamidi tidak akan dicabar bagi jawatan presiden dan naib presiden dalam pemilihan Umno tahun depan.

Ia susulan daripada usul yang dibawa oleh Pemuda Umno dan dipersetujui sebulat suara oleh para perwakilan.

Pengerusi Tetap Umno Badruddin Amiruldin membacakan usul tersebut untuk diluluskan semasa sidang perbahasan pagi tadi.

“Untuk semangat kebersamaan merealisasikan konsep untuk menjadi ketetapan dalam sidang kali ini agar jawatan presiden (Najib Razak) dan timbalan presiden (Ahmad Zahid Hamidi) tidak akan dipertandingkan dalam pemilihan akan datang,” katanya di Persidangan Perhimpunan Agung PAU 2017 hari ini.

Umno dijangka akan mengadakan pilihan raya tahun ini tetapi memutuskan untuk menangguhnya memandangkan Pilihan Raya Umum Ke-14 mesti diadakan pada Ogos depan.

Zahid kini memegang jawatan naib presiden tetapi menjalankan tugas sebagai timbalan presiden selepas Muhyiddin Yassin dipecat pada tahun lepas kerana menyuarakan pendapat berkenaan isu 1MDB.

Sementara itu, berkata kepada media, Zahid mengucapkan terima kasih atas keyakinan diberikan pewakilan.

Beliau turut menjelaskan pada awalnya, terdapat rancangan memanjangkan jawatan tidak bertanding kepada naib presiden sedia ada Hishamuddin Hussein

“Kita terima Hishamuddin juga perlu menjadi naib presiden kanan. Ia untuk kita memberi fokus dan tumpuan dalam pilihan raya umum ke-14.”

Bagaimanapun, persidangan hari ini hanya meluluskan dua jawatan tidak bertanding iaitu presiden dan timbalan presiden.

Manakala Hishamuddin, yang juga merupakan menteri tugas-tugas khas berkata, usul hari ini diluluskan bagi membolehkan ahli Umno fokus dalam memenangi pilihan raya daripada mengundi bagi pemilihan parti.

“Saya harap selepas ini tidak ada lagi yang akan melaga-lagakan kami kerana sudah ada persefahaman yang amat mendalam dan mendapat restu daripada pewakilan akar umbi,” katanya.

– https://www.themalaysianinsight.com

.