NAJIB: TIADA RAKYAT KOREA UTARA MINTA BANTUAN

BELUM ada mana-mana rakyat dari Korea Utara meminta bantuan daripada Persatuan Persahabatan Malaysia-Korea Utara selepas kerajaan melarang mereka meninggalkan negara ini.

Presiden persatuan berkenaan, Chai Weng Chong berkata, sekalipun sebelum berlaku kes pembunuhan Kim Jong-nam, sememangnya tidak ramai rakyat dari Korea Utara datang melancong ke Malaysia.

“Sebaliknya, beberapa tahun kebelakangan ini, agak ramai juga rakyat di negara kita yang gemar melancong ke Korea Utara,” katanya kepada China Press.

Menurut Weng Chong, kebanyakan rakyat Korea Utara yang masih berada di Malaysia terdiri daripada pekerja ataupun peniaga.

Sehingga hari ini, semua rakyat dari negara komunis itu dilaporkan tidak menghadapi sebarang masalah berada di Malaysia, walaupun larangan meninggalkan Malaysia telah dikenakan ke atas mereka.

“Hubungan antara persatuan kami dengan kerajaan Korea Utara hanyalah terhad kepada hal-hal berkaitan urusan pelancongan,” jelas beliau.

– SH

.