NAJIB TAKUT KEPADA PRESIDEN PARIA AS TRUMP RAKAN IKRABNYA

Perdana Menteri Datuk Seri Najib sekarang berada dalam keadaan tercabar dalam pendirian mempromokan Malaysia sebagai sebuah negara Islam anti pelampau yang berpegang kepada dasar kesederhanaan.

Beliau menginisiatifkan penubuhan The Global Movement of Moderates Foundation yang sekarang ketua eksekutifnya adalah bekas pemimpin besar Pas Datuk Nasaruddin Mat Isa.

Walaupun Presiden Baru AS Donald Trump telah mengisytiharkan dasar extremisme Amerika dan menjalankan tindakan keras dan kejam kepada beberapa negara Islam yang melibatkan orang Islam yang tidak berdosa tetapi Najib menunjukkan sikap kesederhanaan Islam kerana Trump adalah kawan golfnya dan kerana masalah peribadinya menakutkannya terhadap tindak balas dari Trump.

Sikap ini tidak sahaja melibatkan Imej UMNO tetapi turut menekan PAS setelah berkonspirasi dengan UMNO.

Apakah wajar sikap pelampau Presiden baru Amerika Syarikat ini dilayan dengan dasar sederhana Islam?

Yang menjadi mangsa utama ialah orang Islam yang tidak berdosa dari beberapa buah negara Islam yang dihitamkan oleh Presiden Paria Amerika Syarikat ini.

Dibakar oleh dasar paria ini, telah bangun golongan rakyat yang anti Islam yang membakar sebuah masjid orang Islam yang telah sekian lama hidup berbaik- baik dengan orang bukan Islam di Quebec.

Tindakan ini bukan sahaja menimbulkan kemarahan di kalangan orang Islam tetapi juga orang Yahudi setempat. Dibimbangi akan merebak ke Amerika Syarikat.Yang tidak marah hanya Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib kerana berpegang teguh kepada dasar toleransi atas kepentingan diri.

Kita masih ingat begitu ghairah Najib hendak menunjukkan kepada bekas Presiden AS Obama dan juga kepada dunia tentang sikap moderartion of Islam Malaysia tetapi sekarang beliau terpaksa berkawan dengan extremist yang menjadi Presiden Amerika.
Apakah pandangan dunia apabila beliau langsung tidak bersuara walaupun sekadar menyatakan kebimbangan apabila Trump memijak dasar sederhananya?

Perubahan sikap AS ke arah xenophobia akan mencalar imejnya sebagai kawan dunia dengan dasar kemanusiaan dan perlindungan keselamatannya kepada terlihat sebagai memusuhi dunia.

Kita juga tidak mendengar sepatah kata pun dari Ketua Eksekutif The Global Movement of Moderation Foundation Datuk Nasaruddin Mat Isa yang berasal dari Pas.

Begitu hebat Najib hendak menjadi juara penentang kekejaman terhadap orang Rohingya sehingga Perdana Menteri menjadi penunjuk perasaan (sebenarnya tidak disokong oleh Negara-negara Asean lain dengan sepenuh hati malah menimbulkan kemarahan Indonesia kerana Malaysia cuba memperkecilkannya) tetapi apabila kawan baiknya Trump menggunakan kuasa besarnya untuk melakukan tindakan tidak berperi kemanusiaan terhadap orang Islam maka terkelu lidah Datuk Seri Najib.

Dari sebuah negara kecil yang menjadi suara berani Islam dan suara besar dunia ketiga dalam menentang ketidakadilan AS termasuk kekejamannya di Iraq ,sekarang Malaysia mejadi negara pengecut yang tidak lagi berani tampil kehadapan.

Negara kita bukanlah lagi negara yang bermaruah, tidak sahaja dari perekonomian dan keselamatan tetapi hingga kepada keIslaman.

Sekarang kitalah negara sahabat ikrab kepada Trump kawan baik Najib Tun Abdul Razak yang dihina oleh dunia.

Jika Allahyarham Ghafar Baba atau Anwar Ibrahim mejadi Perdana Menteri Malaysiapun ,Malaysia tidaklah jatuh kepada taraf kehinaan sehingga keperingkat ini.

– zamkata.blogspot.my