‘NAJIB TAK PERLU LAYAN’

SHAH ALAM – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak perlu melayan perkara remeh seperti program Nothing to Hide 2.0, anjuran Armada, Ahad ini.

Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa berkata, Najib mempunyai banyak tanggungjawab lain yang perlu dilaksanakan.

“Kerja cabar-mencabar ini, kalau parti A tak buat, parti B akan buat, tapi kerja perdana menteri kalau beliau abaikan, tiada siapa nak buat.

“Kemudian rakyat yang terabai, jika perdana menteri fokus kepada kerjanya, rakyatlah akan dapat untung,” katanya.

Mengulas lanjut, Annuar berkata, ketidakhadiran Najib bukan bermakna beliau takut atau menyembunyikan sesuatu seperti didakwa Armada.

Beliau turut menyifatkan Armada sengaja ingin mencari publisiti dengan menganjurkan forum berkenaan.

Terdahulu, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk menjelaskan segala tuduhan yang dihadapinya secara terbuka menerusi program Nothing to Hide 2.0.

– http://www.sinarharian.com.my/

.