NAJIB SINDIR MUSUH ‘TUA’

PERDANA Menteri Najib Razak menyindir pendahulu yang kini menjadi musuh politiknya Dr Mahathir Mohamad, dan mengatakan lelaki berusia 92 tahun itu tiada apa lagi yang boleh dilakukan kepada negara di masa akan datang.

“Bolehkah lelaki 92 tahun jadi perdana menter?” soalnya kepada perwakilan Parti Bersatau Rakyat Sarawak (SUPP) pada penutup persidangannya hari ini.

Perdana menteri juga berkata, malah di Zimbabwe juga, “rakyat tidak menggunakannya lagi” – merujuk kepada pemecatan presiden Robert Mugabe baru-baru ini yang berusia 93 tahun.

Najib turut mempersoalkan sama ada lelaki pada usia 90-an mampu membawa negara ke peringkat seterusnya.

Beliau berkata satu-satunya arah Dr Mahathir, yang dianggap sebagai perdana menteri jika Pakatan Harapan memenangi pilihan raya umum akan datang, adalah “kembali kepada Mahathirism”.

“Semuanya akan berada di pusat” kata Najib mengenai dasar Dr Mahathir yang memusatkan kesemua kuasa dan membuat keputusan kepada kerajaan pusat di Putrajaya.

Dr Mahathir merupakan perdana menteri dari 1981 hingga 2003.

Najib berkata jika Dr Mahathir dijadikan perdana menteri sekali lagi, beliau akan mengetepikan perbezaan pendapat. Pemimpin negeri Sarawak dan Sabah yang berikrar untuk mengembalikan semula hak-hak di bawah Perjanjian Malaysia 1963 boleh dipenjara.

Najib berkata, tekanan sedemikian tidak pernah berlaku di bawah pentadbirannya.

“Saya percaya untuk menjadikan Malaysia yang kuat, kamu perlu mengiktiraf hak rakyat. Apa yang menjadi hak mereka perlu dikembalikan kepada mereka. Saya tiada masalah.”

Perdana menteri berkata beliau akan membincangkan tentang hak Sabah dan Sarawak dengan dua syarat – tiada perbincangan untuk pemisahan dan rakyat Sarawak undi BN pada pilihan raya umum ke-14.

Sejak pentadbiran ketua menteri Adenan Satem pada 2014, Sarawak menuntut Putrajaya untuk mengembalikan semula hak yang dinyatakan tetapi dinafikan dalam Perjanjian Malaysia 1963.

Sejak dua tahun lalu, sidang dewan undangan negeri Sarawak meluluskan dua resolusi untuk memberi kuasa kepada kerajaan negeri bagi menuntut hak minyak dan gas dan lebih autonomi dalam memajukan pendidikan, perubatan dan dasar kesihatan.

– https://www.themalaysianinsight.com/

.