NAJIB, ROSMAH SAMBUT CUCU LELAKI

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak berkongsi berita gembira mengenai kelahiran cucu lelakinya yang dinamakan Adam Razak.

Adam Razak merupakan putera kepada anak perempuan Perdana Menteri dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor, Nooryana Najwa yang bernikah dengan Daniyar Nazarbayev pada 2015.

“My new grandson, Adam Razak! Alhamdulillah, syukur kepada Allah, Gina dan baby kedua-duanya berada dalam keadaan sihat,” katanya dalam catatan di laman Twitter beliau lewat malam tadi.
Dalam catatan itu, Najib memuat naik sekeping gambar yang menunjukkan dirinya sedang meriba Adam Razak sambil diperhatikan Rosmah.

Berita itu mendapat perhatian netizen yang sama-sama berkongsi rasa gembira dan mengucapkan tahniah kepada Najib dan keluarga.

– Bernama

.