NAJIB: MYANMAR GERTAK, SAYA TAK PEDULI

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata himpunan solidariti Rohingya hari ini bertujuan untuk memberi mesej kepada kerajaan Myanmar bahawa Malaysia membantah penganiayaan dilakukan ke atas etnik Rohingya di negara itu.

Berucap dalam himpunan yang diadakan di stadium Mini Titiwangsa itu, Najib berkata isyarat sama diberi kepada menteri luar Myanmar, Aung San Suu Kyi yang pernah menerima anugerah nobel keamanan.

“Kita nak beri isyarat kepada kerajaan Mnyanmar. Kita nak beritahu kepada Aung San Suu Kyi. Enough is enouh,” katanya.

Najib berkata, Malaysia tidak berhasrat campurtangan dalam urusan Myanmar, sebaliknya mengingatkan negara itu mengenai piagam Asean yang menekankan hak asasi manusia.

Ini berikutan kenyataan Timbalan Ketua Pengarah Pejabat Presiden Myanmar, U Zaw Htay yang memberi peringatan kepada Malaysia supaya tidak campur tangan dalam hal ehwal negara itu.

“Dua hari lalu kenyataan dari kerajaan Myanmar. Kerajaan Myanmar akan anggap saya campur tangan dalam urusan Myanmar. Dia gertak saya, saya tak peduli.

“Sebab saya akan hadir atas nama Najib. Saya hadir atas nama ummah dan rakyat Malaysia.

“Bukan kita nak campur tangan. Kita nak ingatkan Myanmar charter Asean juga mempertahankan hak asasi manusia,” kata Najib.

MKINI

.