NAJIB ‘KEPALA B****’ BELAJAR EKONOMI DI UNIVERSITI ‘BON***’?

I received the following via WhatsApp. It is written by one Dr Azman Ibrahim. But I think the ‘title’ above was added by some wisecrack. It is a simple rebuttal by Dr Azman which shows just how idiotic and uneducated this moron in Putrajaya is really. 

Najib kata rakyat di Saudi tak kisah pun dengan GST dan harga minyak. Rakyat Malaysia saja kecoh.

Najib hanya nampak bab harga minyak dan GST sahaja. Dia tak bandingkan berapa pendapatan warga Saudi  dan kos hidup di Saudi berbanding Malaysia.

Saya ambil contoh mudah, gaji jururawat dari Malaysia yang bekerja di Saudi puratanya 3 kali ganda berbanding di Malaysia. Jururawat gred 1 menerima gaji sekitar RM8 ribu, gred 2 RM10 ribu dan gred 3 RM14 ribu. Ini baru satu contoh.

Di Saudi tak ada tol dan tak ada cukai jalan. Sebab itu mereka tak kisah pakai kereta besar. Kereta saiz  seperti di Saudi kalau digunakan di Malaysia, pemiliknya akan termenung panjang bila nak bayar cukai jalan.

Rakyat Saudi juga menikmati pendidikan percuma. Rakyat Malaysia terpaksa bergolok bergadai bila nak masuk universiti. Di Saudi tak ada PTPTN. Di Malaysia PTPTN dah jadi jembalang yang menakutkan dan mengejar para graduan.

Kos perubatan di Saudi sangat murah untuk warga Saudi. Di Malaysia, kalau kita kemalangan dan ada bahagian tulang yang patah, paling kurang sekitar RM2 ribu perlu disediakan secara tunai sebelum pembedahan dilakukan. Belum lagi caj item-item lain. Ini cerita di hospital kerajaan, bukan hospital swasta.

Harga kereta juga usah bandingkan antara Saudi dan Malaysia. Jauh lebih murah di sana. Tentunya ada sebab dan alasan boleh dikemukakan kenapa harga kereta di Malaysia lebih mahal. Tapi hakikatnya memang ia mahal!

Begitu juga kos perkhidmatan telekomunikasi yang boleh dinikmati dengan kos yang jauh lebih murah di Saudi berbanding Malaysia.

Malah harga air mineral di Malaysia lebih mahal dari Saudi.

Sebab itu bila Najib nak bercakap tentang GST dan harga minyak di Saudi, Najib juga perlu bercakap dalam bab pendapatan dan kos hidup di negara sendiri.

Dr Azman Ibrahim

– syedsoutsidethebox.blogspot.ae

.