NAJIB: HILANG PAGOH, SYUKUR JUMPA BAGAN DATOH

KUALA LUMPUR – Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan kehilangan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Presiden Umno boleh diganti.

Najib menerusi ucapan dasarnya pada Perhimpunan Agung Umno 2016 hari ini malah turut mengucapkan syukur di atas kehadiran Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai Naib Presiden Umno.

“Patah tumbuh hilang berganti, kalau hilang di hujung Pagoh, syukur jumpa Bagan Datoh,” demikian kata Najib di Pusat Dagangan Dunia Putra, hari ini.

Menurut Najib lagi, beliau memerlukan seseorang yang setia dan tidak sombong untuk terus bersamanya bagi mentadbir parti.

“Saya percaya Umno Pagoh (Johor) dan Umno Semporna (Sabah) secara keseluruhan tetap berdiri teguh dan setia dengan kepimpinan parti,” katanya.

SINAR HARIAN

.