NAJIB, HADI KONGSI PENTAS BANTAH PENINDASAN ETNIK ROHINGYA

KUALA LUMPUR: Ribuan peserta membanjiri kawasan dalam dan luar Stadium Titiwangsa di sini bagi membantah kezaliman dan penindasan terhadap etnik Rohingya di Myanmar.

Menerusi Himpunan Solidariti Ummah untuk Rohingya, peserta yang terdiri daripada gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Malaysia dan rakyat Myanmar khususnya yang beragama Islam di Malaysia datang untuk berhimpun di sini sejak awal pagi Ahad.

Perhimpunan ini juga menyaksikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkongsi pentas dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagi sama-sama membantah kezaliman terhadap etnik Rohingya dan menuntut badan-badan antarabangsa bertindak ke atas negara itu jika perbuatan tersebut tidak dihentikan.

Himpunan ini dianjurkan oleh Yayasan Dakwah Islam Malaysia (Yadim) dan bukan satu perhimpunan politik.

MSTAR

.