NAJIB EJEK TUN MAHATHIR SEBAGAI ‘U-TURN’ MAHATHIR

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini mengejek Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai “U-turn Mahathir”.

“Ini Dr Mahathir, Tun Mahathir, ‘U-turn’ Mahathir.

“Saya gelar dia U-turn Mahathir, bukan Tun Mahathir, (dia) selalu, terlalu banyak U-turn…,” katanya sambil mendakwa Mahathir sering bertukar pandangan.
Najib berkata demikian ketika berucap di Desa Pandan, Kuala Lumpur pagi ini.

Najib berkata, ketika lama menjadi perdana menteri sebelum ini, Mahathir sendiri menuduh pemimpin pemimpin popular DAP Lim Kit Siang sebagai rasis dan anti-Islam tetapi pendirian itu telah berubah.

“Tiba-tiba, jawatan timbalan perdana menteri dia nak bagi kepada Kit Siang. Di mana letak akal dia?” soal Najib.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menafikan partinya mahukan jawatan timbalan perdana menteri jika pembangkang menang pilihan raya.

– M’kini

.