NAJIB DAPAT NOMBOR BARU KENDERAAN T1M 11

PEKAN, 19 Nov —  Datuk Seri Najib Razak menerima nombor pendaftaran baru T1M 11, sempena angka yang digemarinya, sebagai lambang bapa transformasi.

Nombor khas T1M, atau Transformasi 1Malaysia, dilancarkan perdana menteri di sini hari ini untuk pendidikan dan kebajikan, lapor Harian Metro.

Diuruskan oleh Pertubuhan Transformasi Anak Muda Malaysia, bidaan dibuka dengan rasmi esok selama sebulan sehingga 20 Disember ini.

Bidaan nombor pendaftaran ini bermula T1M 1 hingga T1M 1000, kata pengerusi pertubuhan itu Helmi Yusof.

“Orang ramai yang mahu mendapatkan borang atau maklumat lanjut boleh melayari laman web www.platt1m.com,” katanya.

– Malay Mail

.