‘NAJIB DAN TARIKH PILIHAN RAYA’

NAMPAKNYA¬†harapan pengamal media untuk ‘merisik’ mengenai tarikh PRU14, tidak kesampaian.

Apabila Datuk Seri Najib Tun Razak mengadakan sidang media khas di Menara Dato Onn di Pusat Dagangan Dunia Putra, ramai yang menjangkakan beliau akan mendedahkan tarikh pembubaran Parlimen.

Namun jangkaan itu sama sekali tersasar.

Rupa-rupanya sidang media khas itu untuk mengumumkan kemasukan semula bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhd Taib ke dalam Umno.

Masih berusaha untuk mendapatkan jawapan berhubung tarikh PRU14, pengamal media terus mendesak mengenai persoalan tersebut.

“Datuk Seri bila tarikh PRU?” soal beberapa wartawan selepas pengumuman itu.

Celahan itu dijawab Najib dengan ringkas.

“Soal pilihan raya kita tangguh dahulu,” katanya.

Sementara itu dalam ucapannya, Muhammad menjelaskan beliau menyertai Umno kerana mendakwa PKR tidak pernah membincangkan agenda Melayu.

[ARTIKEL BERKAITAN: Mat Taib kembali sertai Umno]

Katanya, jelas perjuangannya dalam parti pembangkang hampir lima tahun ternyata sia-sia .

“Apabila tidak bincang agenda Melayu, ini bermakna hilang agenda agama Islam,” katanya.

– Sinar Harian

.