‘NAJIB APPLE, SAYA OREN KATA TUN M’

SHAH ALAM – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menafikan bahawa dirinya sama ‘kelakuannya’ dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika menjawat jawatan Perdana Menteri suatu ketika dahulu.

Dakwanya, banyak tindakan Najib yang salah dimana beliau tidak pernah melakukan perkara itu ketika berkuasa.

“Saya tidak sama dengan Najib, saya tidak pernah tukar Peguam Negara (AG) dan lantik AG baru.

“Bila masa saya ada duit RM2.6 bilion…Ya Saya terlibat dengan kes MBF tapi ini bukan milik kerajaan tapi milik bank Bumiputera yang buat salah dan kerajaan ambil tindakan, buka laporan dan bahas di Parlimen secara terbuka,” katanya dalam program Hard Talk di Kompleks Belia, Seksyen 7, Shah Alam.

Dalam pada itu katanya, mereka yang berkuasa ini seolah-olah mempunyai pisau ditangannya.

“Pisau kalau kita nak guna untuk ukir benda cantik, boleh, danĀ  kalau nak tikam orang pun boleh,” katanya.

Oleh itu, katanya beliau memberi perumpamaan beliau seperti Oren dan Najib seperti Apple.

“Nak buat tuduhan teratas saya buatlah saya ada badan untuk siasat orang yang salah kena hukum,” katanya lagi.

Pada masa sama, beliau berkata tindakan sesetengah pihak yang menyamakan dirinya dengan Najib hanyalah bertujuan untuk menghalalkan perbuatan Najib kini.

Selain Mahathir Program Hardtalk turut dihadiri adalah Adun Salor, Datuk Husam Musa.

Sementara Pensyarah Sains Politik Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Maszlee Malek; Adun Batu Burok, Dr Syed Azman dan Felo Penang Institute Dr Wong Chin Huat sebagai moderator.

– SH