NAFI JIKA TAK PERNAH DITAWAR WANG, SYED SADDIQ CABAR BEKAS AHLI BERSATU

SELEPAS laporan dibuat terhadap Syed Saddiq Syed Abdul Rahman oleh bekas ahli Bersatu, ketua Pemuda parti itu hari ini mencabar pihak berkenaan bagi menafikan yang mereka turut ditawarkan rasuah untuk meninggalkan parti.

Sasarannya ialah bekas naib presiden Bersatu, Hamidah Osman dan ahli pengasas Kamarul Zaman Habibur Rahman yang awal hari ini membuat laporan polis berasingan terhadapnya kerana didakwa berkata mereka turut didatangi orang sama dengan tawaran untuk meninggalkan Bersatu.

Pada sidang medianya di ibu pejabat Bersatu petang tadi, Syed Saddiq berkata beliau tidak pernah menuduh Hamidah atau Kamarul Azman menerima tawaran itu.

“Saya harap Hamidah akan mengambil tindakan undang-undang terhadap saya memandangkan dia sudah membuat laporan dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), dan saya akan melakukan perkara sama,” katanya.

Syed Saddiq berkata dalam sidang akhbarnya pada Isnin, beliau berkata tawaran kepadanya untuk meninggalkan Bersatu, sama seperti yang ditawarkan kepada ahli pengasas lain.

“Saya sangat terperinci dengan apa saya kata. Saya hanya kata tawaran kepada saya sama dengan yang ditawarkan kepada ahli pengasas lain.

“Tetapi saya ada kata sama ada mereka terima atau tidak tawaran itu atau itu sebab utama mereka meninggalkan parti, saya tidak tahu,” katanya hari ini.

Hamidah, yang sudah meninggalkan Bersatu membuat laporan susulan dakwaan beliau ditawarkan wang untuk keluar parti itu. Kamarul Zaman membuat laporan polis terhadap Syed Saddiq atas tuduhan memfitnah.

Syed Saddiq berkata beliau tahu mengenai tawaran itu kerana Hamidah dan Kamarul Zaman memaklumkan kepimpinan tinggi parti, beberapa kali dalam mesyuarat mereka.

Beliau turut menyasarkan kepada “dalang” yang didakwa menghantar orang untuk membeli ahli Bersatu.

“Kenapa dia tidak tampil. Dia yang sepatutnya buat laporan terhadap saya dengan polis dan SPRM,” katanya, merujuk kepada pegawai khas kanan kepada Perdana Menteri Najib Razak, yang namanya disebut pada sidang akhbar kelmarin.

Pada sidang akhbar itu, Syed Saddiq mencetuskan kekecohan apabila mengumumkan beliau ditawarkan RM5 juta untuk meninggalkan Bersatu dan melanjutkan pelajaran ke Universiti Oxford di United Kingdom.

Syed Saddiq, 25, berkata kumpulan orang yang sama menemuinya tiga kali sejak Jun tahun lalu. Beliau membuat keputusan untuk bercakap mengenai tawaran itu selepas kumpulan itu dikatakan mengugut keluarganya, jika tawaran itu tidak diterima.

Beliau sepatutnya diminta mengumumkan akan keluar Bersatu untuk melanjutkan pelajaran ke UK.

– https://www.themalaysianinsight.com/

.