MURAHNYA HATI NAJIB….

Pada 3 September lalu, sehari sebelum hari persaraannya sebagai Ketua Polis Negara, Khalid Abu Bakar berkata, beliau akan mengisi hari-hari tuanya dengan belajar memasak.
Saya sudah bersedia untuk menjalani kehidupan sebagai orang awam dengan mengikuti kelas memasak di Institut Bakeri  Malaysia di Petaling Jaya, katanya yang telah mengabdikan selama 41 tahun berkhidmat dalam pasukan polis.
Pada 4 September, Khalid mengakhiri tugasnya sebagai Ketua Polis Negara dan tempatnya diambil oleh bekas Pengarah Cawangan Khas PDRM, Fuzi Harun.
Semalam, 5 September, sehari selepas bersara, Najib Razak mengumumkan perlantikan Khalid sebagai Pengerusi Kumpulan Prasarana Malaysia Bhd dan Duta Khas bagi meningkatkan hubungan dan kerjasama negara dengan masyarakat antarabangsa dalam usaha memerangi keganasan, fahaman pelampau dan pemerdagangan manusia.
Daripada sebelum ini hanya ada satu kerja, sebaliknya setelah bersara, beliau kini ada dua kerja, dua jawatan, dua gaji serta serta mungkin lebih sibuk berbanding sebelumnya.
Maka, bila beliau mahu mengikuti kelas memasak yang sudah dirancangnya itu?
Najib jelas begitu pemurah terhadap Khalid sehingga sanggup memberikannya dua jawatan serentak dan hanya sehari selepas hari persaraannya.
Perkara ini jarang-jarang, malah mungkin tidak pernah berlaku kepada sesiapa sebelum ini.

Kenapa agaknya Najib begitu murah hati terhadap Khalid?

–¬†http://shahbudindotcom.blogspot.co.id/

.