MUNAFIK BERNAMA NAJIB RAZAK TERLUPA SUMPAH JANJINYA SENDIRI

Antara intipati ucapannya adalah, “..kerana kebanyakan mereka merupakan bekas-bekas pimpinan, menteri bahkan sampai ke tahap negarawan yang telah mengangkat sumpah jawatan dan sumpah simpan rahsia atas nama Allah dengan kalimah-kalimah wallahi, wabillahi, watallahi, namun kini, telah menjadi orang asing malah mengkhianati perjuangan ini.” Berkaitan sumpah itu, dedahnya, beliau ada bertanya kepada para ulama jika ia dilanggar. Kata Najib, jawabnya, ia adalah satu dosa yang besar dan tanda-tanda sifat kemunafikan seseorang itu.

Dia hendak menegur bekas-bekas pemimpin kerajaan terutamanya Tun Dr Mahathir Mohamad, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan juga Datuk Seri Shafie Apdal kerana mengkritiknya seccara berlebihan hingga dia tidak boleh menjawab segala persoalan yang telah ditimbulkan. Malah, soalan-soalan susah seperti isu derma dan 1MDB pun dilarang untuk dibahas di dalam Perhimpunan Agong UMNO 2016.

Oleh itu, satu cara sahaja yang dia boleh cuba untuk menegakkan benang yang basah – menggunakan agama untuk berselindung disebalik perangainya yang terang-terangan fasiq dan gemar menipu. Dia bercakap seolah-olah tidak mencermin diri sendiri. Ini tidak lagi menghairankan kerana sememangnya Najib Razak sudah buta terhadap kesalahan dia sendiri.

Di dalam kes kononnya bekas-bekas pemimpin itu semua sudah melanggar sumpah, elok kita baca apakah sebenarnya sumpah yang telah dibuat ketika mereka baru menjawat jawatan Menteri atau wakil rakyat. Di dalam Jadual 6 Perlembagaan Malaysia, terdapat dua bentuk ikrar yang harus dibuat iaitu:

JADUAL KEENAM
[Perkara 43(6), 43B(4), 57(1A)(a), 59(1), 124, 142(6)]

Bentuk Sumpah dan Ikrar

(i) Sumpah Jawatan dan Setia
“Saya,……………………………………………………, setelah dipilih (atau dilantik) memegang jawatan ……………………………………………………… dengan sesungguhnya bersumpah (atau berikrar) bahawa saya akan dengan jujurmenunaikan kewajipan-kewajipan jawatan itu dengan segala daya upaya saya, bahawa saya akan menumpahkan taat setia yang sebenar kepada Malaysia, dan akan memelihara, melindungi dan MEMPERTAHANKAN PERLEMBAGAANnya.”, dan KEMUDIANNYA baru,

(ii) Sumpah Simpan Rahsia
“Saya,……………………………………………………………………., dengan sesungguhnya bersumpah (atau berikrar) bahawa saya tidak akan memberitahuatau menzahirkan kepada mana-mana orang sama ada secara lansung atau secara tidak lansung apa-apa perkara yang dibawa untuk pertimbangan saya atau yang akan saya ketahui sebagai seorang …………………………………………………………. KECUALI SEBAGAIMANA YANG MUNGKIN DIKEHENDAKI UNTUK MENUNAIKAN DENGAN SEWAJARNYA KEWAJIPAN-KEWAJIPAN SAYA sebagai yang demikian atau sebagaimana yang mungkin dibenarkan dengan khas oleh Yang di-Pertuan Agong.”

Menurut “(i)Sumpah Jawatan dan Setia”, seorang MENTERI mengangkat sumpah untuk “memelihara, melindungi dan mempertahankan Perlembagaan”, dan KEMUDIANnya baru, “(ii)Sumpah Simpan Rahsia”! Justeru, sekiranya dalam menjalankan jawatan masing-masing sebagai MENTERI, mereka telah mengetahui kewujudan PERLANGGARAN PERLEMBAGAAN oleh PERDANA MENTERImahupun KERAJAAN, maka menurut “(i)Sumpah Jawatan dan Setia”, SEMESTINYALAH Menteri/Bekas Menteri itu PERLU menurut PERLEMBAGAAN dedahkan apa yang diketahuinya, tanpa perlu khuatir berhubung dengan tuduhan kononnya ada perlanggaran “(ii)Sumpah Simpan Rahsia”! – SOURCE

Sejak terbongkarnya penyelewengan kes 1MDB dan berbillion wang dari syarikat tersebut masuk ke dalam akaun peribadi Najib, rakyat dan seluruh dunia terkejut dengan jenayah yang cuba dilakukan dan cuba ditutup oleh Najib dan rakan-rakan penjenayah di dalam Kerajaan UMNO ini.

Secara jelas Najib Razak sebenarnya sudah melanggar seksyen 23 Akta Undang-Undang SPRM.

Seksyen 23: Kesalahan menggunakan jawatan atau kedudukan untuk suapan

23 (1) Mana mana pegawai badan awam yang menggunakan jawatan atau kedudukannya untuk apa apa suapan, sama ada bagi dirinya sendiri, saudaranya atau sekutunya, melakukan suatu kesalahan

“Suapan” ertinya –

wang, derma, alang, pinjaman, fi, hadiah, cagaran berharga, harta atau kepentingan mengenai harta, iaitu apa-apa jenis harta, sama ada alih atau tak alih, faedah kewangan, atau apa-apa manfaat seumpama itu yang lain

Walau bagaimanapun, umum mengetahui, Peguam Negara peliharaan Najib yang dilantik khas untuk melepaskannya dari sebarang hukuman, telah betul-betul melepaskannya! Dengan membuat muka sepuluh sen (itulah nilai maruah diri dia), Apandi Ali tanpa segan silu mengatakan Najib Razak tidak bersalah.

Kasihan kepada Peguam Negara lama yang dipecat tanpa sebab-sebab yang munasabah. Yang munasabah di fikiran rakyat adalah, Gani Patail dipecat sebelum boleh menangkap pencuri terbesar di dalam sejarah kleptokrasi dunia.

Berbalik kepada cerita semalam, Najib Razak tanpa merasa malu mengutuk perbuatan ‘pengkhianatan’ oleh Tun Dr Mahathir Mohamad, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Shafie Apdal.

Mungkin dia sudah tidak sedar bahawa khianat yang dia lakukan bukannya terselindung, malah telah pun ditelanjangkan banyak kali oleh pihak mahkamah Singapura, Switzerland dan Amerika Syarikat.

Sememangnya, pengkhianat sebenar dan pembuat durjana terbesar di dalam Malaysia adalah Perdana Menteri kita sendiri.

Sebab itu kita labelkan dia sebagai munafik. Dia ini ibarat mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih!

Ganjil juga apabila kita mendengar Najib berdoa kelmarin di atas pentas dengan kata-kata berikut:

“Ya Allah kau selamatkanlah dan berkatilah bangsa bertuah ini dan negara yang tercinta ini.

Janganlah diKau Ya Ilahi Rabbi, biarkan, tanahair ini, nasib bangsa ini, jatuh ke tangan pengkhianat dan pendurjana.”

Ya, mungkin Tuhan akan memakbulkan doa Najib suatu hari nanti kerana kita tahu kuasa Tuhan lebih besar dari kuasa Najib.

– https://jebatmustdie.wordpress.com

.