Mukhriz: Najib Sendiri Yang Sebenarnya Telah Melemahkan Parti dan Kerajaan

Berikut adalah respon terbaru dari Mukhriz terhadap kenyataan Najib yang membingungkan rakyat baru2 ini yang mencabar pengkritik supaya melawan beliau dalam pemilihan Umno, melabel pengkritik beliau sebagai pengkhianat parti dan mengungkit jasa2 lama Umno.

KLiK untuk ke Youtube

– Semua pemimpin2 Umno yang kritikal terhadap Presiden telah diambil tindakan

– Bagaimana Najib boleh cabar sesiapa pun untuk tanding lawan Presiden walhal semua pihak yang kritikal terhadap salahlakunya telah dibuang

– Najib gambarkan mereka yang mengkritik beliau sebagai mengkhianati parti.

– Ini menunjukkan Presiden Umno telah menggunakan parti sebagai perisai, melindungi dirinya daripada sebarang siasatan ataupun tindakan undang2 kerana salahlaku dan penyelewengan yang jelas dilakukan oleh beliau sendiri

– Apabila seseorang itu mengkritik Presiden, tak semestinya dia mengkhianati parti malah sebaliknya ini semua dilakukan untuk menyelamatkan parti

– bagaimana nak memperkuatkan kedudukan parti sekiranya presiden sendiri menimbulkan masalah dan ditolak oleh rakyat ?

– Najib tuduh kita sengaja hilang nilai persahabatan dalam perjuangan dan tidak mempertahankan parti … Kenyataan tak masuk akal

– Sebenarnya Najib sendiri yang telah melemahkan Umno

– Najib tuduh kita mengkhianati Umno dengan menubuhkan parti baru …. semua yang terlibat dalam penubuhan parti baru adalah mereka yang telah dipecat oleh Najib.

Tidak timbul isu menubuhkan parti baru ketika kami masih menjadi ahli Umno sebaliknya akibat tindakan Najiblah maka parti baru mahu ditubuhkan

– Najib mengungkit jasa2 Umno kepada negara dan seharusnya rakyat terus menyokong Umno …

– Apa yang dimaksudkan sebagai jasa Umno itu adalah ketika sebelum Najib jadi Presiden.

– Hasil wawasan kepimpinan Umno dulu .. dari Dato Onn hinggalah Paklah termasuk Tun Mahathir, Muhyiddin dan Mukhriz sendiri …

– Najib seolah menidakkan sumbangan dan gerakerja yang telah dilakukan. Rakyat sedia maklum mereka yang telah berjasa melalui Umno ini telah dipecat atau keluar dan mereka ini ingin terus berkhidmat di bawah gagasan baru yang diberi nama Parti Pribumi Bersatu Malaysia.

**************************

Cuba kita imbas kembali semua isu2 yang ditimbulkan rakyat ketika ini ….. hampir SEMUANYA adalah berkaitan dengan tindakan peribadi Najib. Yang dipecat dan keluar parti pun disebabkan mereka menegur Najib.

Semua masalah ditimbulkan oleh Najib dan Rosmah tapi dikaitkan dengan parti dan baru2 ini dikaitkan dengan maruah bangsa dan negara. Habis porak peranda dibuatnya Umno dan agensi2 kerajaan dan pihak berkuasa juga turut dilibatkan … sehinggakan kredibiliti pelbagai pihak rosak akibat Najib dan Rosmah.

Seperti kata Mukhriz di atas –

Ini menunjukkan Presiden Umno telah menggunakan parti sebagai perisai, melindungi dirinya daripada sebarang siasatan ataupun tindakan undang2 kerana salahlaku dan penyelewengan yang jelas dilakukan oleh beliau sendiri

Malangnyalah nasib parti yang sekian lama dipandang tinggi oleh rakyat, hanya menunggu masa saja untuk ditolak oleh rakyat ….. Semuanya kerana Najib, 1MDB dan Jho Low.

Itulah jasa dan legasi Najib yang akan dikenang oleh generasi akan datang … menjadi case study pelbagai pihak di seluruh dunia sebagai contoh yang harus dijauhi.

Kita beruntung (?) kerana menjadi saksi ketika sejarah diukir.