MUKHRIZ MENYESAL DENGAN TINDAKANNYA

APA saja demi rakyat. Demi Malaysia, akan tetapi tanpa kekuatan semangat dan dorongan dari kedua ibubapanya, tidak mungkin beliau dapat mendokong segala mandat untuk membantu masyarakat, yang telah di tinggalkan oleh bapanya iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau bergiat aktif dalam kancah hitam putih politik selepas bapanya, tidak lagi menjadi perdana menteri.

Ini kerana beliau tidak mahu di bayangi oleh kehebatan bapanya mentadbir negara suatu tika dulu.

Beliau berdikari dengan cara tersendiri untuk mencapai kejayaan dalam bidang politik, sekaligus menjadi contoh pemimpin muda yang di segani untuk masyarakat.

Beliau menyesal kerana tidak dapat meneruskan segala perancangan masa depan Malaysia dan pembangunan ekonomi negara bagi menuju Wawasan 2020 kerana beliau tidak lagi berada dalam saf kepimpinan negara.

Like FB MASKULIN dan ikuti perkongsian khas Datuk Seri Mukhriz Mahathir dalam MASKULIN Disember 2016.

SINAR HARIAN

.