MUHYIDDIN: PAKATAN LANCAR KIT KEMPEN INTERAKTIF MENJELANG PRU14

PARTI pembangkang hari ini melancarkan kit DIY (Do-it-yourself) dalam talian untuk menyebarkan kempen mereka menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Ketua Pilihan Raya Pakatan Harapan (PH) Muhyiddin Yassin menyebut satu kajian dalam talian menyatakan sejumlah 22 juta rakyat Malaysia iaitu 70% dari 30 juta rakyat Malaysia adalah pengguna media sosial.

“Ini peluang terbaik bagi Pakatan Harapan menyebarkan maklumat kepada rakyat melalui media sosial menjelang PRU14.

“Media sosial lebih interaktif berbanding media tradisonal lain. Melalui media sosial, kita boleh berhubung secara langsung dengan rakyat melalu perkongsian maklumat dengan cepat,” kata Muhyiddin di ibu pejabat Bersatu di Petaling Jaya hari ini.

Kit itu termasuk risalah, poster dan sticker (pelekat) yang boleh dicetak pengguna dan diedarkan kepada orang ramai termasuk video yang boleh dikongsi melalui Facebook, Twitter dan Instagram.

“Kita juga menyertakan panduan mengundi dalam bentuk video dan poster. Ini penting untuk pengundi tahu prosedur mengundi dan hak mereka sebagai penguni.

“Rakyat Malaysia juga boleh menghantar kandungan kepada kami untuk dikongsikan di platform ini. Kita harap orang ramai akan beri maklum balas positif dan menghantarnya ke pelbagai media yang mereka ada,” tambah Muhyiddin.

Antara pemimpin pembangkang yang hadir ialah Pengerusi PH Dr Mahathir Mohamad, Presiden PH Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Presiden Amanah Mohamad Sabu.

–¬†https://www.themalaysianinsight.com

.