MUFTI: MANDI KERETA DENGAN AIR YASIN ‘MENYELEWENG’

SEREMBAN – Perbuatan memandikan kenderaan baru dengan air bacaan Yasin dan solat hajat adalah “menyeleweng,” jelas mufti Negeri Sembilan.

Perbuatan segelintir umat Islam itu boleh menimbulkan fitnah dan tohmahan kepada orang lain, kata Datuk Mohd Yusof Ahmad seperti dilapor Sinar Harian.

“Solat hajat dan membaca surah Yasin memang perbuatan yang elok,” katanya.

“Tetapi apabila airnya sampai dibuat mandi kenderaan, haiwan dan sebagainya, itu tidak patut dan sama sekali menyeleweng.”

Beliau mengulas perbuatan itu, susulan perkongsian isu tersebut dalam Facebook, konon boleh mengelak kemalangan atau kecurian.

Mohd Yusof berkata tindakan menguar-uarkan perbuatan itu juga menggambarkan seolah-olah ada cubaan menyebarkan fahaman itu dalam masyarakat.

– Malay mail

.