MP persoal mengapa SPRM tak siasat 1MDB

KUALA LUMPUR – Jawapan balas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Paul Low Seng Kuan bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak menjalankan siasatan terhadap 1MDB sebaliknya dilakukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) amat memeranjatkan.

Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin mempersoalkan mengapa isu 1MDB yang dianggap sebagai ‘rasuah terbesar’ tidak di siasat oleh SPRM.

“Mengapa perlunya SPRM sekiranya isu seperti ini tidak disiasat?,” soalnya pada sidang media di lobi Parlimen, hari ini.

Beliau sebelum itu mengemukakan soalan kepada perdana menteri sama ada Riza Shahriz Abdul Aziz dan Low Taek Jho ( Jho Low) telah dipanggil siasat oleh pihak SPRM dan dimana pertemuan berlaku.

Menerusi jawapan bertulis, Senator Datuk Paul Low Seng Kuan mengatakan bahawa SPRM tidak menjalankan siasatan terhadap kes 1MDB tetapi dijalankan oleh pihak polis.

– Sinar harian

.