MP DAP SARAN NAJIB SAMAN NEWSWEEK

Beberapa anggota parlimen DAP mendesak Datuk Seri Najib Razak menyaman Newsweek selepas majalah itu menyiarkan pandangan menggambarkan perdana menteri kelimat Malaysia itu sebagai “penjahat”.

Menganggap istilah itu menjejaskan kedudukan perdana menteri M Kulasegaran memberitahu Malaysiakini, Najib tidak ada pilihan kecuali menyaman Newsweek.

Anggota parlimen Ipoh Barat itu berkata kegagalan menyaman majalah berkenaan menunjukkan perdana menteri gagal mempertahankan reputiasinya.

Majalah terbitan AS itu pada edisi 15 September menyiarkan tulisan bekas duta Paul Wolfowitz selepas Presiden Donald Trump menerima lawatan Najib ke Rumah Putih pada 12 September.

Komentar Wolfowitz itu asalnya mucul di laman sesawang American Enterprise Institute (AEI) tetapi menggunakan judul yang lain – This is not draining the swamp.

Newsweek kemudian mengolah semula judul rencana itu menjadi Trump’s meeting with Malaysian crook reeks of the swamp.

Kata Kulasegaran sebelum ini Najib pernah menyaman beberapa pengkritik walaupun mereka dianggap memberikan kenyataan yang tidak begitu menyinggung seperti dilakukan Newsweek.

“Walaupun mahkamah di Malaysia tidak menganggap perdana menteri sebagai pejawat awam, keadaan berbeza di luar negara dan sebab itu seseorang yang menggelar Malaysian Public Official 1 seorang ‘penjahat’ mesti disaman atau dia akan dianggap tidak bermaruah,” katanya.

– M’kini

.