MOHD ASRI BIN ZAINAL ABIDIN LUPA AKAN USWATAN HASANAH

Sejak kelmarin ramai orang yang berakhlak, bermaruah, berpelajaran dan yang beradab (Islam dan bukan Islam) merasa hairan dan kecewa dengan pantun nukilan Mohd Asri bin Zainal Abidin.
Kemungkinan besar suara dan nada pantun serupa itu mirip dengan watak dan kepimpinan yang disandang oleh Mohd Asri bin Zainal Abidin. Dan mungkin orang yang setuju dengan pantun seperti itu akan terjatuh dari pokok  dalam keseronokan.
Tetapi hal yang sebenarnya ialah pantun seperti itu tidak mewakili  Islam ataupun akhlak manusia yang beradab.
Pantun itu juga mempunyai terlalu banyak kesilapan dan memberi bukti bahawa watak yang dipegang Mohd Asri bin Zainal Abidin boleh juga disandang dengan kelayakan minima  mengenali warna dan bunyi.
‘Low level thinking’ pun tidak perlu. Jauh lagilah ‘High Order Thinking’.
Cuma kita ambil sabar bahawa pantun nukilan Mohd Asri bin Zainal Abidin hanyalah pantun peribadinya yang dimuat naik dalam Facebook dan bukan sebarang pengisytiharan rasmi yang telah di wartakan oleh sesiapa pun.
Maka bersyukurlah kita kepada Allah swt.
Saya juga telah menerima pendapat berikut dari seorang sahabat Islam yang telah mengulas tentang pantun Mohd Asri bin Zainal Abidin itu :
The “poem” was written in Malay and goes on to describe such people residing here as ungrateful. 
When some people were raving about him (Mohd Asri) I was always hesitant and unsure. 
He belongs to the Council of M__ti – M__ti  so he can’t be that liberal.  
He may handle some issues better than others.
A M__ti   should not demean another religion under the guise of a sajak (which is a form of Malay emotional expression).  He should stick to the Quran as a Muslim.
A  M__ti   is the highest, …… appointed ……. leader who is chosen because he is learned and wise and exemplary in knowledge, conduct and behaviour in the highest Islamic traditions (of which there are many). 
He should not be somebody who bursts into poetry whenever he is emotionally troubled because he is responsible for leading his “flock”. 
He should think carefully and be deliberate in his advice and counsel. He should not be a rabble rouser.
 
 
H _ _,   as his friend you must advise him for his own good, for the good of Malays-Muslims and for the good of the nation. 
As members of P_ _ _ E  a citizen movement which advocates peace, conscience and reason, we represent an important voice and have tried to speak up in the wisest possible manner.  I will write a piece for the papers as soon as I get back from.  .  .
Demikianlah pendapat sahabat saya.  Terima kasih Datin.
Yang saya hairan dan kecewa, dalam hal ini pun sekali lagi orang Islam langsung tidak merujuk kepada Al Quran untuk mendapat sedikit pun  nasihat  atau  bimbingan.
Contohnya  sila perhatikan ayat Quran yang berikut:
[Surah 26 : 224]  Dan Ahli-ahli syair itu, diturut oleh golongan yang sesat – tidak berketentuan hala.
“Syair” itu perkataan Arab. Dalam Bahasa Melayu pula pantun dan sajak boleh termasuk dalam kategori syair.
Bagi saya, apa yang jelas dalam ayat ini ialah para penyair itu boleh juga dituruti oleh golongan yang sesat.  Jadi penyair, penyajak, ‘tukang pantun’  dan pengikut mereka perlu berhati-hati.  Jangan tersesat.
Ayat berikut pun memberi nasihat yang sangat  baik :

 

[Surah 16:125]    “Serulah ke jalan Tuhanmu dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka  dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.”
Bukankah  ini satu lagi ajaran Rasul yang lebih baik untuk mendekati manusia?
Dan ini juga adalah uswah (daripada uswatan hasanah) Rasul yang harus dicontohi oleh semua manusia, lebih lagi oleh seorang yang memegang watak  Mohd  Asri.
[Surah 33:21]  Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik (USWATAN HASANAH), iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan Allah dan akhirat, serta mengingati Allah banyak-banyak.
Dalam pantun / sajak / syairnya  Mohd Asri bin Zainal Abidin berkata orang Hindu menyembah lembu dan mengikut  adat sati  yang membakar hidup-hidup  balu seorang  si mati.
Seperti mana sahabat saya Farouk A Peru  telah menyebut orang Hindu tidak lagi mengikut adat sati.
Apa yang pelik bagi orang Hindu ialah kenapa orang yang bermazhab dalam Islam masih lagi merejam dengan batu (sampai mati) terhadap lelaki dan wanita penzina?
Tambah lagi hukuman ini tidak tersebut pun dalam Al Quran.
Membakar manusia secara hidup juga menjadi kegemaran kaum Salafi / Wahabi di Timur Tengah yang sedang  bersengketa pada hari ini.
Mereka adalah pengikut tegar Ibn Taiymiyyah.
Mereka begitu seronok membakar manusia secara hidup-hidup sehingga mereka sanggup membuat rakaman video dan juga membuat siaran  langsung (live streaming) akan perbuatan mereka itu.
Mereka ini adalah puak Salafi / Wahabi yang juga menjadi pengikut tegar Ibn Taimiyyah. Sudah tentu Mohd Asri Zainal Abidin kenali siapa itu Ibn Taiymiyyah.
Menuduh orang Hindu sebagai penyembah lembu juga tidaklah begitu tepat.
Di sini ada sedikit rujukkan :
In Hinduism, the cow is thought to be sacred, or deeply respected. Hindus do not worship cows, although they are held in high esteem. The reason has to do with the cow’s agricultural uses and gentle nature.         Sacred cow – Simple English Wikipedia, the free encyclopedia  https://simple.wikipedia.org/wiki/Sacred_cow

Orang Hindu tidak makan daging lembu kerana mereka menghormati lembu. Daging lembu adalah haram bagi penganut Hindu.  Kita sedia faham daging babi adalah haram bagi orang Islam.

Tentu sekali di Kuil Hindu terdapat terlalu banyak jenis ukiran batu – gajah, lembu, merak, ular, singa, harimau, pelakon MGR, dewa-dewa Hindu dan sebagainya.     Di Malaysia terdapat banyak kuil Hindu dengan panggilan Kuil Mariamman, Kuil Sivan dan sebagainya tetapi saya belum pernah dengar nama ‘Kuil Lembu’.
Kita juga perlu mengkaji kepercayaan Hindu samada mereka “menyembah” patung-patung batu dan kuil hindu yang di perbuat daripada batu ataupun patung-patung batu dan kuil yang di buat daripada batu itu hanya ‘tempat focus’ bagi mereka untuk menyembah ‘Tuhan Maha Dewa’.
Saya  pernah berbincang dengan orang Hindu yang berkata mereka hanya tumpukan fokus menghadap bangunan-bangunan buatan batu (kuil mereka) untuk menyembah Tuhan.  Tidak bermaksud mereka menyembah bangunan yang dibuat daripada batu.
Untuk perbandingan, apakah orang Hindu masih boleh “sembahyang” tanpa berdepan dengan patung batu atau bangunan yang diperbuat daripada batu?
Apakah “sembayang” mereka akan terbatal atau tidak menjadi jika tiada “bangunan yang diperbuat daripada batu” untuk menjadi tempat fokus sembahyang orang Hindu?
Sebab, tentu sekali konsep mendirikan bangunan yang diperbuat daripada batu untuk tujuan memfokus sembahyang telah diciptakan oleh tamaddun  Hindu juga, suatu tamaddun yang tertua dalam sejarah dunia.
Akhir sekali, berkaitan dengan isu ‘lembu’ dan kehinduan yang dipantunkan oleh Mohd Asri bin Zainal Abidin,  yang berikut ini adalah sedikit maklumat berkenaan  ‘khamdenu’  atau  ‘ibu kepada segala lembu’ dalam kepercayaan orang Hindu (the mother of all cows)
“Kamadhenu is described in Hinduism as the mother of all cows. 
 
 
She is a miraculous “cow of plenty” who provides her owner whatever he desires and is often portrayed as the mother of other cattle  
 
 
In iconography, she is generally depicted as a white cow with a female head and breasts or as a white cow containing various deities within her body. 
 
 
 
 
 
All cows are venerated in Hinduism as the earthly embodiment of the Kamadhenu. 
 
 
 As such, Kamadhenu is not worshipped independently as a goddess, and temples are not dedicated to her honor alone; 
 
 
rather, she is honored by the veneration of cows in general throughout the observant Hindu population.”
Sila telitikan  gambar “lembu” khamdenu di atas.
Ikut mitos Hindu, khamdenu adalah makhluk yang berwajah wanita, berbadan lembu,  berkaki empat seperti lembu, mempunyai dua sayap dan juga ekor burung merak.  Mengikut mitos Hindu khamdenu ini boleh terbang ke  angkasa lepas.
Yang berikut pula adalah lukisan orang Shiah  Parsi yang juga menunjuk makhluk berbadan haiwan (mungkin lembu), berwajah muka wanita, berkaki empat dan bersayap  dua  – sangat serupa dengan khamdenu  dalam  mitos Hindu.  Di Malaysia, orang Shiah digelar sebagai sesat.
Apakah makhluk ini agaknya? Jika Mohd Asri bin Zainal Abidin boleh membaca tulisan Parsi, mungkin beliau boleh berkongsi dengan kita akan identiti  haiwan berkaki empat yang bersayap ini.

Kita  harus faham bahawa kepercayaan HIndu telah wujud sejak 5000 tahun yang silam.   Kepercayaan Hindu adalah “agama” yang tertua dalam peradaban manusia.

– http://syedsoutsidethebox.blogspot.com.au