MINTA MAAF, BIAR TUN M BUAT KEPUTUSAN

SHAH ALAM – Amanah menyerahkan kepada budi bicara Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad sama ada untuk meminta maaf atau sebaliknya dalam insiden Memali, yang berlaku lebih tiga dekad lalu.

Presidennya, Mohamad Sabu berkata, beliau membiarkan Mahathir untuk membuat keputusan sendiri kerana beliau sendiri tidak dapat memberikan jawapan untuk pihak Mahathir.

“Terserah kepada dia. Dia orang yang bijak,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Mengenai cadangan penubuhan suruhanjaya siasatan diraja (RCI) untuk menyiasat tragedi Memali, ahli politik yang lebih mesra disapa Mat Sabu itu berkata, partinya tidak mempunyai masalah cadangan terbabit.