MERPERKAYAKAN MELAYU – TUN M

1.​Dibawah dasar ekonomi Najib, ramailah orang Melayu yang sudah menjadi kaya. Separuh menjadi kaya dengan mudah. Apa yang diperlukan hanyalah memberi sokongan tidak berbelah bahagi kepada Raja Wang Tunai.

2.​Jangan tanya dari mana wang itu datang. Jangan soal. Terima sahaja. Halalkannya dengan ibadah tertentu.

3.​Jika dihadiah jawatan, guna jawatan untuk sauk duit yang ditangani. Jangan takut. Jika SPRM terjumpa, tindakan tidak akan diambil atau mengambil masa yang amat panjang.

4.​Jika memegang jawatan yang tinggi dalam pemerintahan, peluang banyak akan terdapat untuk seleweng. Jika tidak ada tempat untuk simpan ratusan juta, bawah katil, bawah T.V. pun boleh. Untuk lebih selamat kongsi bersama pihak yang berjawatan tinggi dan berkuasa.

5.​Jika berpeluang bawa wang tunai itu ke Hong Kong atau Australia. Jika dikesan dan kena tangkap tak mengapa. Kata tak faham bahasa Inggeris.

6.​Jangan takut SPRM tak akan siasat. Kalau ada berbillion dalam akaun, okay. Ada A.G. Boleh sembunyi fakta, laporan, bukti.

7.​Sekarang datang satu cara baru. Orang asing nak beli tanah di Malaysia. Pinjamkan nama sebagai Presiden, CEO, pengurus untuk tubuh syarikat Bumi Sdn. Bhd. Beli tanah. Harga tak penting. Beli, beli, beli.

8.​Yang mudah sekali tanah orang Melayu. Tak mahu jual, naik harga. Naik harga, naik harga sehingga jual. Tanah milik bukan Melayu pun boleh beli jika kena harga.

9.​Pemilik syarikat akan hadiah bermillion Ringgit kepada tuan punya nama pinjaman untuk syarikat yang didaftar sebagai syarikat tempatan milik bumi. Orang asing yang pinjam nama orang bumi amat kaya. Mereka memiliki berbillion Ringgit. Banyaklah tanah akan dimiliki oleh mereka melalui proksi Melayu.

10.​Melayu ini akan kaya. Mereka akan naikkan pendapatan sekepala Melayu. Fikirkan jika seorang dari 1000 orang Melayu menjadi jutawan, pendapat purata tiap seorang dari 999 yang tidak berpendapatan akan berjumlah RM1000.

11.​Inilah cara Melayu boleh jadi kaya dan pendapatan per kapita mereka meningkat.

12.​Kemudian apabila dihitung, Melayu tak ada tanah lagi. Warga Malaysia lain pun sudah tidak ada tanah lagi. Bersama dengan TRX, Sg Besi, Melaka, Kuantan, Johor, Langkawi, Kedah, tanah yang berharga sudah tidak lagi milik rakyat. Ia sudah jadi sebahagian dari negara lain.

13.​Tetapi okay. Melayu dan lain-lain warganegara sudah kaya. Sekurang-kurangnya sebahagian dari hutang 1 billion sudah dibayar. Bandar-bandar moden, canggih dan mewah terdiri di seluruh negara. Dan orang Malaysia, terutama orang Melayu dapat melihat dengan bangganya betapa Malaysia sudah jadi negara maju, penuh dengan pencakar langit. Mereka sendiri tinggal dalam pondok papan berbumbung zink di kawasan setinggan.

14.​Kekayaan hasil dari pinjaman nama rupa-rupanya tidak kekal. Dan kembalilah orang Melayu ke pinggir hutan, jauh dari pencakar langit yang memenuhi tanah Melayu dahulu.

15.​Ingat, kita jual Singapura. Masih kita punyakah? Tanah di Malaysia yang kita jual kepada orang asing, masih kita punyakah?

16.​Bukan sahaja sudah bukan kita punya, undang-undang negara kita, duit negara kita juga tidak diguna. Masih kita punya kah?

17.​Apabila kita sudah jual semua tanah kita, apakah Malaysia masih kita punya?

18.​Sokonglah Najib, penyangak, perompak dan lanun Melayu.

– http://chedet.cc/

.