MENTERI: MAHATHIR MASIH LIHAT SINGAPURA SEBAGAI MUSUH

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohomad gagal berubah dan masih melihat Singapura sebagai musuh, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Abdul Rahman Dahlan.

“Dia (Mahathir) mempunyai satu masalah dengan Singapura. Lelaki ini tidak mahu berubah. Dia masih anggap Singapura sebagai satu musuh,” kata Abdul Rahman kepada pemberita di Kuala Lumpur hari ini.

Abdul Rahman yang merupakan menteri bertanggungjawab dalam Unit Perancang Ekonomi, berkata, tidak seperti Mahathir, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak cuba bekerjasama dengan Singapura menerusi projek Keretapi Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura (HSR).

“Saya kesal untuk mengatakan ini tetapi saya fikir Mahathir mundur dalam pembangunan ekonomi. Ini (HSR) adalah satu perubahan,” katanya.

Beliau menjawab soalan mengenai dakwaan Mahathir bahawa Pakatan Harapan dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) akan mengkaji semula projek itu jika mereka membentuk kerajaan pusat.

Sementara itu, Abdul Rahman berkata soalan mengenai dokumen sulit oleh Agensi Perisikan Pusat (CIA) berkaitan pentadbiran Mahathir dan skandal Bumiputera Malaysia Finance Ltd (BMF) lebih baik diajukan kepada bekas perdana menteri itu.

“Banyak telah dikatakan tentang skandal BMF dan orang boleh membuat kesimpulan-kesimpulan mereka sendiri. Semua dokumen itu ada di sana untuk dibaca.

“Jika terdapat soalan untuk ditanya, maka ia mesti ajukan terus kepada Mahathir,” katanya.
Dokumen sembilan halaman bertajuk “The Bank Bumiputra Scandal: More Trouble Ahead of Malaysia’s Mahathir?”¬†itu diterbitkan oleh lembaga pengarah perisikan CIA dan bertarikh 5 Mac 1985.

CIA percaya terdapat bukti mencadangkan bahawa skim pinjaman BMF yang disangsikan diketahui oleh kementerian kewangan dan Bank Negara pada masa itu.

BMF mengalami kerugian ASS$1 bilion akibat amalan pemberian pinjaman dan menyebabkan masalah-masalah politik utama bagi Mahathir, yang ketika itu perdana menteri.

– M’kini

.